Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 17, 2016

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum w.b.t 
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
maaf la deh, ni pun menu ulang tayang yg kerap sangat dh jgk..kesian plak tgk udang ni dh berzaman dlm folder tu duk peram! update je la..suami dgn abangngah la suka sangat klu masak masak sambal ni, petai tu beli kat asian store time musimnya dlu..pastu frozen je la, telur pun sedap kan masak sambal gini, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SAMBAL UDANG PETAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 7 ekor udang saiz besar 
  • 1/2 labu bawang besar bombay - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/3 cawan cili kisar 
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 asam keping
  • sedikit nisan/gula melaka
  • petai secukupnya
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dengan api sederhana, tambah air 2-3 sudu dan tumis lagi, ulang tambah air ni 2-3x biar cili masak elok, kemudian masukkan bawang hiris.
3. Masukkan asam keping, nisan dan air secukupnya, masak sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih.
4. Masukkan sos cili, sos tiram, sedikit garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Masukkan udang, petai dan masak dalam 6-8 minit atau udang masak.

yg sekor tu bila plak dia bangun, ye la yg lain semua baring je! lauk gini memang sedap klu dpt nasi panas2, lama dh jgk xbuat udng sambal ni..tpi sambal bilis nasi lemak ada buat sblum start diet hritu..

3 comments:

  1. ya allah sedapnya..x pernah letak gula melaka..next nak cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita klu masak sambal nisan xtinggal, dh biasa sbb dri kecik bonda bnyk masuk nisan dlm masakan, nti bleh la cuba Suria..meksih sudi singgah dpur suam ni, salam kenal dri kita..

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...