Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 3, 2016

Fresh Fruit Tart

Assalamualaikum w.b.t
 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
jarang sbnarnya buat tart ni, mungkin sbb xde sambutan sangat..tpi sekala sekata tu rsa teringin jgk nk mengetart deh! buat ni pun sbb nk perhbis stok whip cream yg dh buka tkut rosak, kebetulan mood rajin pon ada skit..tu yg terjdi la tart buah segar ni, kebetulan buah pun ada..tenggek je la, tart2 gini lgi sedap klu mkn terus..tartnya tu masih rangup, utk tart pastry kli ni cuba resipi dri Kak Ita..skrang blognya xbleh buka dh, private..resipi ni maz dh simpan sblum tu, mudah je nk buat dan sedap, ranggupp! filling tu bleh ubah ikut citarasa, nk letak cheese atau kastard pun bleh..jazakillahukhairan kak atas resipi yg dikongsi, selamat berhujung minggu..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

putar whip cream je, senang keje! tpi rsanya tetap menawan kalbu klu mkn yg baru buat, bila lama skit tart tu akan jdi lembut mcm cheesetart jgk la..tpi mungkin ada yg suka mkn tart mcm tu kan..

FRESH FRUIT TART by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Ita
Bahan-bahan
  • 170g mentega - suhu bilik
  • 50g gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 290g tepung gandum - maz guna allpurpose flour (tepung serbaguna)
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 200ml whipping cream - Non Diary (yg dah manis) - putar hingga kental
  • strawberi/kiwi/blueberi secukupnya
Cara

1. Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
2. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati biar jadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tart dengan garfu.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.
5. Isi whip cream dan susun buah ikut citarasa, sedia untuk dihidang.

Nota ilhamdapur : boleh juga guna whipping cream biasa (UHT), cuma tambah gula kastor, putar hingga kental.

klu buat utk dessert table pun cantik, warna warni..maz buat 1/2 resipi je, tu pun kena bermlm jgk dlm peti..maz xminat sangat tart2 ni, gambar ni pun kena peram jgk dlu dlm folder..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...