Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 23, 2016

Makaroni Sup Tomato

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah R.A jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen
skli kala tukar buat pasta berkuah sedap jgk kan! ni pun antara menu diet kami, kekadang tu bila xde idea ditambah dgn kerajinan yg xberapa tebal..menu mudah gini la yg jdi pilihan, tetap sedap! kuahnya sup tomato guna tomato tin, cri kelainan sdkit dri sup kuah air biasa..lebih kurang mcm stew omputih, sayur tu bleh tukar..maz guna leek sbb smjak berdiet 1 klrga ni, memang duk borong sayur tu rebus buat sup, leek ni bnyk sangat khsiatnya..detox semulajadi, pokoknya mcm pokok celery..cuma daun lain, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf andai ada yg tidak menyenangkan..

MAKARONI SUP TOMATO by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg ayam - potong saiz kecil
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 1 cawan tomato dalam tin (ada jual dipasaraya)
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 biji  cendawan butang putih - hiris nipis
  • 1/2 batang sayur leek - hiris nipis @ sayuran lain
  • sedikit minyak zaitun/minyak sayur 
  • sedikit garam dan gula
  • makaroni rebus secukupnya
Cara

1. Panaskan sedikit minyak zaitun, masukkan bawang besar dan masak sekejap biar bawang layu, kemudian masukkan bawang putih.
2. Masukkan ayam, masak biar ayam bertukar warna kemudian masukkan leek.
3. Masukkan tomato tin, sebatikan dan masukkan air secukupnya, kemudian masukkan kiub pati dan masak biar mendidih.
4. Masukkan gula, sedikit garam jika perlu, biar mendidih lama sikit agar ayam lembut.
5. Akhir sekali masukkan cendawan, masak seketika lagi kemudian padamkan api.
6. Boleh la dihidang bersama makaroni dan tabur sedikit bawang goreng.

sbnarnya pic ni snap utk menu sup leek, tpi tu la duk main peram je dlu semua..tkpe la letak kat sni dlu, ni ler rupe leek..ada mcm bau daun bawang sikit, sedap buat sup atau bleh goreng buat sayur..

menu ringkas yg berkhsiat, klu nk guna bihon atau spagheti pon bleh..sup gini xmuah, bleh jgk ni buat sbgai juadah berbuka kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...