Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families from harm and always keep us safe, Ameen
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families from harm and always keep us safe, Ameen
lama dh jgk xbuat nasi arab, sbb duk mkn selalu sangat..klu wken tu mesti mkn kat luar dan akan pesan 1 nasi utk anak, maz dgn suami jarang sangat oder nasi..mkn tikka dgn mix mezza, tpi wpun pesan 1 je..bleh mkn 2-3 org, negara arab memang hidangannya saiz besar..nasi peshawar ni pun maz cuba nk buat mcm nasi yg biasa kami duk mkn kat restoran, nasi ni kira pemes la kat situ dan restorannya pun ckup terkenal kat sni jgk dikalangan org2 saudi, ada 4 cawangan dan semua 4 ni kami dh pergi..yg paling sibuk restoran kat Manama sbb kat pusat bandar, klu hri minggu tu jgn la pergi time lunch..sah xde tempat duduk wpun 2 tingkat..dlm pkul 3 gitu baru kurang skit customer, restoran pun selesa dgn family section bilik satu2 yg ckup privacy..semua restoran yg ada famili section kat sni siap bercurtain, nasi arab ni mungkin npak mcm remeh skit..tpi sbnarnya xsusah mana, lgi senang sbb 1 lauk je..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, harap dpt dimaafkan segala kekurangan dan Inysaa Allah jumpa lagi..
PESHAWAR RICE ALA MOHD NOOR BUKHARI RESTORAN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Ayam
- 1kg ayam
- 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/4 sudu kecil rempah mix arabic/serbuk kari arab
- 1/2 sudu kecil pewarna oren - campur warna merah+kuning = oren
- sedikit garam
1. Panaskan oven suhu 180 C, sediakan loyang dan letak redai atasnya untuk letak ayam agar semasa proses memasak ayam tidak bertakung dalam air, baru warna ayam bakar cantik.
2. Cuci ayam dan toskan, satukan bahan rempah dengan pewarna oren.
3. Lumur ayam dengan sedikit garam, kemudian dengan tangan atau berus sapu bahan rempah+warna oren tadi seluruh ayam.
4. Masukkan dalam oven dan bakar selama 1 jam 10 minit atau bergantung pada saiz ayam, maz guna ayam saiz kecik, sekor tu beratnya 1kg.
5. Bila ayam dah masak, sapu ayam dengan air dari proses bakar dalam loyang agar ayam nampak basah.
Nasi
- 2 cawan beras basmathi - rendam 30 minit, toskan
- 1/2 inci halia - tumbuk lumat
- 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
- 1 kayu manis, 5 bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah)
- 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/4 sudu kecil mix arabic/serbuk kari arab
- 1/2 sudu kecil tomato pes/tomato puri
- 1 biji limau kering arab - option
- 2 helai daun bay - option
- 1 kuib pati ayam
- 1 sudu besar minyak sayur
- sedikit garam
- sedikit pewarna kuning @ safron
1. Dalam periuk (masa ni guna periuk biasa), panaskan minyak, tumis rempah dan bahan tumbuk biar wangi, kemudian masukkan rempah serbuk.
2. Masukkan pes tomato, air (dalam 1 liter), limau kering, daun bay, kiub pati, sedikit garam atau boleh guna kuib pati lebih sikit dan pewarna kuning.
3. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan beras dan masak hingga beras masak 80% (maknanya beras dah kembang), semasa proses ni, panaskan periuk nasi letrik kosong (letak sehelai aluminium foil atas periuk dan tutup biar kemas agar periuk tu berwap).
4. Bila beras dah 80 % masak, toskan (jangan tos sampai kering ye) terus masuk dalam periuk letrik yang dah dipanaskan tadi, tutup periuk bersama aluminium fold, tekan butang periuk nasi seperti masak nasi biasa (proses ni mungkin amik masa 5-6 minit).
5. Bila dah masak, gemburkan sikit nasi dengan garfu dan boleh la dihidang bersama ayam bakar dan air salsa tomato.
Air Salsa Tomato
- 2 biji tomato
- 2 biji cili padi
- sedikit bawang besar
- sedikit daun ketumbar
- sedikit garam dan aji jika suka
nasi peshawar restoran Mohd Noor Bukhari yg maz cuba buat ni..adoiii! makcik ni gitu la, mesti nk buat sdrik jgk klu bleh..yg dlm mangkuk tu pabret maz jgk, moosaka, terung grilled dgn ground beef..masakan greece, nasi arab memang togel gitu je..
nk posing ayam tergolek la jgk, cuma yg ni golek sekor terus..tpi klu oder pinggan besar ayamnya memang sekor pon, tu sedulang saiz kecik tau..itu pun kami 4 beranak mkn, klu yg besar bleh tapau mkn kat rmah plak..
komen umat kat rmah ni amat memuaskan, Alhamdulillah semua dgn izinNya..suami kata rasa ayam dan nasi hampir sama dah..ayam pun juice, cuma bagi tukang masak ni..nasi yg maz buat ni kurang ringan berbanding nasi2 restoran arab kat sni, nasi depa ringan sungguh, tu wpun mkn bnyk kenyang skjap je..
Salam kak maz.. tun kan.. kalau buat nasi arab, sure nk buat kuah jugak.. hahaha.. xpon sambal belacan.. kih kih.. dh tekak melayu kan
ReplyDeleteYa Allah sedapnya maz....terliur kite tgk...cam tingin nk buat..semua bahan cam ada jer tu..buah limau kering jer xde kot
ReplyDelete