Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, March 18, 2016

Lagi Popia Basah

Assalamualaikum w.b.t
 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
bertemu skli lagi di jumaat penghulu segala hari, semoga dipermudahkan urusan kita hari ni, Ameen..meneruskan misi dgn pic lelama, sblum buat yg ni..ada buat skli dh, cuma xsnap je..ye la nati asik benda sama je plak deh! yg buat sblum ni kat sini ada, banyk kali dh jgk n3 popia basah ni..yg ni kejdian awal bln 2 hritu, saja buat sbb suami nk bagi kat kwn ofisnya..Alhamdulillah kulitnya masih tetap menjadi wpun buat skli sekala, nk buat kulitnya tu xde susah mana, cuma kena tahu teknik sikit je..sapu cepat2 sambil pusing kuali tu, guna kuali jenis tebal sikit baru xrsa panas sangat kat jari..mkn memang la sedap! skjap je 4-5 ketoi tu..cuma nk buat npak mcm bnyk keje sikit kan, nk kena buat sambal dlu..pastu inti dan kulitnya plak, tpi klu kat Msia kulitnya ada jual atau beli je yg dh siap kat pasar mlm ke..lgi senang kan! selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf...

masih buat sama mcm yg sbelum2 ni, kononnya nk makan popia basah yg yg kios kat mall2 tu..xingat dh namanya..inti buh telur hancur skit ala popia basah chinese stail..

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (cara bergambar).

Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je, utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih, bergantung pada jenis dan kualiti tepung yg diguna, adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali.
Untuk buat kulit tu, celupkan dulu tangan dalam air, amik sejemput biar banyak sikit, guna kuali non-stick yg tebal agar bila sapu pada kuali tu jari tak rasa panas sangat dan buat dengan cepat sambil dipusing-pusing kualai tu, tak perlu balik, bila dah kering/masak angkat dan simpan dalam tuala bersih agar tidak kering.

Sambal
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 -1/2 cawan cili kisar 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • nisan sebesar 2x ibu jari 
  • gula dan sedikit garam 
  • minyak untuk menumis 
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. 
4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa. 
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. 

Inti
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan kubis yang dimayang halus 
  • 1 batang lobak merah - sagat kasar
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar minyak sayur/masak 
  • 1 biji telur + 1 sudu besar air - kocok dengan garfu 
  • 1 biji timun jepun - sagat kasar dan perah sikit buang airnya 
  • bawang goreng secukupnya 
  • kacang tanah tumbuk secukupnya 
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu), ketepikan. 
2.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah. 
3. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit, padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
4. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak.

popia basah ni memang pabret suami dgn abangngah, sambalnya biar manis sikit bru sedap! ni antara kue yg kerap jgk buat bila bln puasa, tgk yg ni teringin la plak..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...