Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, March 13, 2016

Mexican Bun @ Roti Boy

 Assalamualaikum w.b.t
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
apa kbar semua, semoga sihat hendaknya dan dipermudahkan urusan kita hri ini, Ameen..meroti la plak skli sekala, xde plan pun nk buat bun kopi ni sbenarnya, semuanya dek kerana ank teringin nk mkn masa lalu depan papa roti kat mall..pastu beli la sbjik sorang..dgn bangganya pekerja pinoy tu ckp this is malaysia bun! ooo..rupenya selama ni org arab kat sni xkenal mexican bun, depa panggil Msia bun sbb pekerja tu ckp francis papa roti Msia..bila dh ank dgn suami suka, mula la tukang masa ni rsa tercabar nk buat sdrik..sampai rumah ptg tu jgk terus jlnkan misi, dgn penuh semangat la nk try buat mexican bun ni..Alhamdulillah, ni la hasilnya..komen yg diterima, sama dh mcm yg beli mommy! buat alas perut mlmnya..pastu esk pepagi buat plak, pkul 8.30 dh bleh bekpes dgn mexican bun yg semerbak dgn bau kopi..ni kira masih panas lgi la, bru buat kelmarin..update bun ni dlu sbb dh lama xde n3 roti, utk bun maz guna resipi roti paun yg pernah buat dlu..topping maz amik dri blog houseofannie, inti main bancuh je mentega dengan gula perang dan vanilla sikit..Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

MEXICAN BUN @ ROTI BOY by http://ilhamdapur.blogspot.com

Resipi Roti Paun - untuk bun (maz buat suku resipi, boleh dapat 7 biji)

Inti (Filling)
  • 3 sudu besar mentega - suhu bilik
  • 1 sudu besar gula perang
  • sedikit essen vanilla

Cara : Sebatikan semua bahan, simpan kat sejuk beku sekejap dalam 5-7 minit biar sedikit keras, keluarkan dan gentel bulat sebesar biji guli, bila dah siap bulat, frozen balik hingga nak guna.

Coffe Topping (maz buat 1/2 resipi je, boleh guna utk 14-15 biji bun)
Resipi : houseofannie
  • 200g mentega - suhu bilik
  • 160g gula aising
  • 3 biji telur - kocok dengan garfu sikit
  • 2 sudu besar nescafe - bancuh dengan 1 sudu air panas
  • 200g tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (allpurpose flour)
  • secubit serbuk kayu manis - maz tak letak

Cara 

1. Untuk topping, putar mentega dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan sebatikan. Masukkan bancuhan kopi, putar sebati, masukkan tepung dan sebatikan, masukkan dalam paiping bag (simpan dalam peti dulu sementara sediakan bun, maz letak kat luar je sebab cuaca tak panas.
2. Bila dah siap uli roti seperti resipi, timbang seberat 55g sebiji, isi dengan inti mentega yang difrozen tadi, tutup biar kemas agar masa bakar intinya tidak keluar, susun dalam loyang yang telah di alas dengan kertas baking, biar jarak 3-4 inci setiap satu kerana doh akan mengembang lagi.
3. Tutup loyang dengan kain dan rehatkan doh selama 30-40 minit atau naik 1x ganda.
4. Paipkan topping buat bulatan atas bun (boleh tengok cara bergambar kat link atas tu).
5. Panaskan dulu oven selama 10 minit dengan suhu 180 C-200 C, bakar selama 15 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
2x dh la buat bun ni..tpi skli buat suku resipi je, dpt la 7 bijik..kira hbis skli mkn, memang sedapp la mkn yg fresh dri oven..dgn lembutnya! lama dh pon xmkn bun ni, selama ni xde plak teringin nk beli ke apa..masa kat Msia dlu pun jarang sangat la duk beli, sni sebijik rega 1.7 dinar @ rm18, jgn terkejut ye! snap pon ala kadar je, mood nk posing xberapa ada..semua xsabar dh nk mkn, tgk yg ni terasa mcm nk buat plak je..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...