Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 11, 2010

Apple Pie Goreng ala McD

1 lgi menu kita yg tertunggak...paham2 je lah kan...maknanye dah kehabisan la ni...kita buat ptg selasa yg lepas...sedappp...ranggup je...nk buat pun senang..tu yg pnting bgi kita...hihi..rspi kita amik dari Teratak Chetam...mksih ye kak...mtak ijin nak c&p...

dgn rspi ni bleh dpt bnyk bijik jgk..kita buat kecik2..

Sumber Resipi : Teratak Chetam
Bahan-bahannya

  • 1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku) -kita guna shortening
  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 biji epal hijau
  • 1/3 cawan gula
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 cawan minyak sayuran


Cara-caranya

1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.

2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.

3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.

4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT <<>

3 comments:

  1. kak maz, betui ke sedap???nak rase yg kak maz buat le...biler kak???hukhukhukkkk

    ReplyDelete
  2. Mazzz.... kita suka.... bila laah nak mencubanya ni

    ReplyDelete
  3. ~fiza..
    btul sdpppp..nk buat pun teramat lah senang bangattt..nak mkn yg kmaz buat keee..ciannya dia...

    ~dayang..
    buat jgn xbuat dayang..senang je tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...