Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, March 6, 2010

Pulut Sekaya

lagi menu kita yg tertunggak..harap xde yg mengidam la ye...sbb smua ni dah hbis...nape lah kita ni asik letak menu yg dah hbis kan..kejamnyee..hihi...sbtulnya msa yg xmengizinkan kita..kuih ni kita buat 2 hri yg lepas...kuih ni rasanya sama saja dgn kuih seri muka..cuma nama je yg berbeza kut...kuih ni memang sedap sngat bgi kita..anak2 pun suke...rspi dari kakak angkat kita...

kakak angkat kita tu ckp...klu nk mkn kuih2 trdsional yg sdp..kena guna bhn2 yg ori...mcm sntan tu guna kelapa fresh...paste pndan plak bland daun pndan tuuuu!!!..memangkan kita skrang ni dah dibumi msia...semuanya ada...jdi kita pun buat guna bhn2 yg ori la...ternyata memang brbeza dgn guna sntan srbuk atau kotak...bau daun pndanya dan rsa sntan tu memang buat kuih ni sedapppp...


Sumber Resipi : Kakak Angkat
Bahan-bahan

Lapisan Bawah

  • 300g beras pulut
  • 300 ml santan
  • 1 sudu kecik garam

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit (tutup penutup pengukus dengan kain/towel) - loyang tu kita alas dgn plastik wrap,supaya senang nak kluarkan dri loyang

Lapisan Atas

  • 125g gula
  • 50g tepung kastard
  • 400ml santan
  • 1 biji telur (gred A)
  • sedikit paste pandan (kita bland daun pandan skli dengan kelapa parut)
  • 1/8 sudu kecil air abu
  • 1/4 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

1. Satukkan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk

2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (pekat skit mcm susu pekat tu)

3.tuang ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selamat 30 minit. Siap sejukkan dulu sebelum dipotong. (kita potong guna benang)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...