Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 3, 2010

Somtam @ Papaya Salad

1 lgi menu yg memang dah tak de...tpi bru nk letak kat sni....msa kat bahrain dlu pun dah buat 2-3x...rspi dari Yani pemilik Myresipi...mtak ijin nk c&p rspi lgi ski ye Yani..mksih...
betik muda ni jiran kita yg bgi...bsrrr...dpt lah kita bhgia2 kan somtam ni pada 3 buah rumah jiran2 yg lain plak...rspi asal guna kulit dalam tembikai...

Sumber Resipi ; Yani ( Myresipi )
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/3 batang lobak merah (tak letak)
  • 150g kulit tembikai (kita guna betik muda)
  • 2-3 batang kacang panjang (kita ganti dgn kangkung)
  • 3 sudu besar udang kering (tak letak)

Bahan untuk dressing
  • 2 ulas bawang putih
  • 10-15 biji peanut
  • 2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
  • 1 biji lemon- ambik jusnya (kita tak letak)
  • 1-2 batang cili padi
  • 1 sudu besar gula
  • tomato ceri (kita guna tomato biasa je)
Cara-cara


1.Buang kulit hijau tembikai. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.

2.Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.

3.Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.

4.Pastu gaullah dengan kulit tembikai, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri.

5.Siap untuk dimakan. Lagi sedap jika disimpan dalam peti ais selama setengah hari sebelum dimakan.

6.****Resepi ni sesuai juga utk gantikan kulit tembikai dengan mempelam atau betik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...