Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 18, 2014

Popia Basah Lagi

Assalamualaikum w.b.t..' Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..lagi dan lagiiikk...xthu berapa kli dah buat popia basah ni...cuma xsnap dan update selalu je...ni pun xhingat dah yg buat bila...yg pasti dah 4-5 bulan dah...memang sdppp la...puas hati yg buat sdrik ni...boleh suaikan dgn citarasa nk letak apa...yg pasti akan buat lagii dan lagikk la...rspi sama je mcm yg buat sblum ni..ada kat sini...Insyaa Allah semoga ketemu lgi...mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Popia Basah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi Kulit Popia : Kak Umi-e myresipi
Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam 
Cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (cara bergambar), tak perlu balik. Bila dah kering angkat dan simpan dalam tuala agar tidak kering.

Nota ilhamdapur : utk kulit ni maz buat 1/2 rspi je skli buat, bleh dpt dlm 15 keping sebab buat saiz kecik je..utk 1/2 rspi maz guna 1 biji putih telur saiz B dan air tak ikut sukatan ni, maz guna lebih...adunan tu macam adunan cekodok tapi smooth gitu, kalau adunan kental memang tak boleh nak sapu kat kuali..

Sambal
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 -1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering kisar 
  • 1 labu bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • nisan sebesar 2x ibu jari 
  • gula dan sedikit garam 
  • minyak untuk menumis 
Cara

1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. 
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar pulak dan tumis dengan api sederhana hingga pecah minyak. 
4. Tambah air sikit bila cili dah masak dan masukkan sos tiram,sos cili, nisan dan gula garam secukup rasa. 
5. Masak hingga sambal jadi pekat dan sejukkan sepenuhnya. 

Inti
Resipi : http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan kubis yang dimayang halus 
  • 1 batang lobak merah - sagar kasar
  • 1/3 cawan bawang besar yang didadu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar minyak sayur/masak 
  • 1 biji telur + 2 sudu besar air - kocok dengan garfu 
  • 1 biji timun jepun - sagar kasar dan perah sikit buang airnya 
  • bawang goreng secukupnya 
  • kacang tanah tumbuk secukupnya 
Cara

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan masukkan telur, biar sekejap kemudian kacau biar telur hancur (mcm buat scramble egg tu). Angkat dan ketepikan. 
1.Dengan kuali yang sama, panaskan 1 sudu minyak, masukkan bawang besar, bila bawang dah layu sikit masukkan kubis dan lobak merah. 
2. Kemudian masukkan sos tiram, kacau sebati dan masak biar sayur lembut sikit. Padamkan api dan masukkan telur tadi, kacau sebati dan sejukkan sepenuhnya.
3. Timun tu gaulkan bila intinya dah sejuk, maksudnya tak perlu dimasak bersama.

npak je mcm bnyk keje...tpi tak susah mana nk buat popia basah ni...sambalnya boleh buat awal dan simpan je lam peti...pastu buat kulitnya je dan intinya plak 10 minit dah siap...stiap kli buat maz bancuh 1/2 rspi je...tu pun bleh dpt bnyk keping sebab buat saiz kecik je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...