Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 17, 2015

Butter Crab

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw..bertemu skli lgi, apa kbar semua..semoga sentiasa dlm rahmatNya..sedapp plak duk melepak pgi ni, idea pun xde lagi nk msak utk tghri nti..smlm dh buat ayam sambal, hri ni pun ayam lgi la jwbnya sbb daging xde stok..layan cik ketam la plak, menu hujung bln hritu rsanya..biasanya klu msuk pasar wpun xrasa nk beli, tapi mesti akan terbeli jgk klu tgk ketam ni idup..fresh sangat, jdi geram..tu yg beli la jgk 1kg..masak ringkas gini memang sedap layan dgn nasi putih, tukar stail la plak skali skala deh, asik kuah kuning je..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

ketam ni mkn memang sedap, cuma nak prosesnya tu yg bercinta sikit..abangngah dgn afiq klu xperisi bagi, xmkn la jwbnya..babanya pun amik isi kat badan je..kaki tangan dia tolak dlm pingan kita, xreti jgk..kita la yg paling lama duk depan meja tu..

BUTTER CRAB by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 ekor ketam - kerat 2
  • 2-3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 biji cili padi - potong serong
  • 1/4 cawan mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1/4 cawan minyak sayur
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit serbuk pati ayam
Cara

1. Panaskan mentega bersama minyak, tumis sekejap bawang putih, cili padi dan daun kari.
2. Masukkan ketam, masak sambil tutup kuali dan balik sekali sekala hingga ketam masak.
3. Masukkan susu cair dan sedikit serbuk pati ayam, masak sekejap lagi biar sos jadi sedikit pekat.
4. Boleh la dihidang dengan nasi putih ketika masih panas, kalau sejuk nanti kuahnya akan beku sebab guna mentega.

nk buat pun mudah sangat, cuma bila masak tu kena terus mkn la sbb guna mentega..klu dah sejuk nanti kuahnya akan beku..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...