Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 1, 2015

Pasta Udang Dan Cendawan

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), bertemu skli lgi..apa khbar semua semoga sentiasa dlm rahmatNya..biasanya klu pagi ahad gini free la..bleh la duk depan lappy ni skjap blum mulakan rutin harian..pasta ni antara yg selalu sangat duk buat, pgi ni pun goreng pasta utk bekal anak..kira menu cepat dimasak sedap dimkn..yg penting semua suka la, terutamanya anak bongsu, suka sangat klu dpt pasta ni..xkisah la versi mcmana pun, yg ni jenis ringkas je..mcm aglio olio cuma msuk cendawan dan parmesan cheese..ni pun menu yg kena peram jgk dulu, terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas ketidak sempurnaan yg ada..

Pasta Udang Dan Cendawan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk pasta, apa2 jenis - rebus hingga lembut seperti biasa, toskan
  • 5-6 ulas bawang putih - cincang halus
  • 4-5 biji cendawan butang putih, hiris nipis
  • 15 ekor udang sederhana - kupas kulit, tinggal ekor je
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • 2 sudu besar serbuk parmesan cheese
  • sedikit cili flakes
  • sedikit daun basil kering/mix italian herbs
  • sedikit serbuk pati ayam/garam
Cara

1. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih, masak sekejap sekadar layu kemudian masukkan udang dan cili flakes, masak biar udang masak.
2. Masukkan cendawan dan masak biar cendawan layu sikit, kemudian masukkan pasta dan daun basil, perasa secukup rasa dengan sedikit serbuk pati atau garam.
3. Masukkan serbuk parmesan cheese dan kacau biar sekata, boleh lah dihidang ketika masih panas bersama parutan cheese jika suka.

pasta ni memang mudah sangat nk sedia kan, bleh pelbagai nk buat jenis sos merah bolognese atau creamy carbonara, jenis simple guna minyak zaitun je ke..baked dgn cheese pun bleh, terpulang la pada citarasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...