Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 10, 2015

Stew Daging Dengan Sayur (Chinese Style)

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..sama2 kita amal baca doa ni dikala dlm keresahan, Inysaa Allah semoga kita sentiasa dlm rahmatNya..stew atau pun sup 2 jenis masakan yg xbanyak beza, jenis berkuah dan boleh guna daging, ayam atau sayuran saja..sbnarnya xde plan langsung nk buat stew ni, tpi masa duk msak dlm pkul 10 kut suami cal tnya ada buat sup tak sbb dia xberapa sihat..nk hirup sup panas2 tu katanya, masa tu maz dh siap buat kari ketam, ckp xde la..pastu ingat daging yg dah hiris dlm peti utk buat masak kicap shri sblum tu, tpi kiv sbb tukar menu..terus la amik daging tu godek buat stew ni, sayur pun main buh je apa stok yg ada..Alhamdulillah suka sangat suami blik keje tgk hidang sup ni utk dia, mungkin dia ingat maz xbuat la kut sbb dh msak ketam..semoga jumpa lagi dilain masa, Inysaa Allah dan maaf atas segala kekurangan..

stew tu layan dgn kuew teow ni la, menu utk org yg xberapa sihat..tpi klu dah siap ada cili potong bagai tu mcm nk bagi utk org yg sihat je kan..

STEW DADING DENGAN SAYUR CHINESE STYLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging batang pinang, maz guna sirloin steak - hiris nipis
  • 1 inci lengkus - ketuk
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 4-5 biji lada putih (white pepper corn)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • secubit serbuk lada hitam
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan sikit warna kuah
  • sayur - maz guna ubi kentang, lobak merah, saderi/celery, sawi
  • sedikit serbuk pati daging dan garam
  • sedikit minyak sayur/extra virgin minyak zaitun
Cara

1. Dalam periuk panaskan minyak, dalam 3 sudu gitu kemudian masukkan daging dan masak sekejap sambil dikacau agar masak sekata.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah, celery.
3. Masukkan air secukupnya, dalam 3 cawan ke dan kiub pati serta lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap, masak hingga mendidih lama sikit dengan api sederhana biar daging dan sayuran lembut.
5. Perasa secukup rasa dan akhir sekali masukkan sawi.
6. Maz hidang bersama kuew teow atau boleh juga makan dengan nasi putih.

memang ringkas saja sbb xde tumis atau masuk rempah apa, cuma ketuk halia dan bawang putih je..memang sesuai la utk org demam kan..

1 comment:

  1. salam kak maz.. dh siap ada cili kicap tu, rasa2nya org yg sihat yg lg bertambah2 mkn.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...