Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 24, 2015

Cheesy Rice, Chicken And Vegetable Casserole

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yg Rasulullah saw ajar pada Aisyah jika bertemu dgn malam Lailatul Qadar..sama2 kita amal baca selalu semoga Allah swt ampunkan dosa kita, dosa ayah dan ibu, dosa suami, anak2 dan insan yg kita sayangi..layan nasi versi 1 pot la plak, skali skala bila xde idea nk masak apa..bleh la cuba nasi casserole gini..kejadian ni pun sbb xthu nk masak apa jgk, pastu tgk sayur pun bnyk..jdi clearkan la harta karun dlm esbok tu..sayang plak tgk brokoli yg dh nk kuning, cendawan butang yg beli 1 paket seminggu lebih dh pun xterusik..lalu dtg la ilham nk buat casserole ni..sedapp rupenya, senang plak tu sayur, lauk semua ada dlm 1 pingan..nak buat pun mudah sangat, bleh jgk sedia ni utk menu mkn mlm yg ringkas..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

CHEESY RICE, CHICKEN AND VEGETABLE CASSEROLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1/2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • 1 helai daun bay
  • sedikit kiub pati ayam @ garam
Bahan B
  • 1 keping isi dada ayam - belah 2 biar nipis
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum
  • 1/2 cawan cheese, maz guna monterey jack dan cheedar
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 1/2 cawan air @ secukupnya
  • sayuran secukupnya - maz guna cendawan butang segar, brokoli, lada benggala hijau, zucchini
Cara

1. Sediakan bahan A, panaskan mentega, masukkan bawang besar dan tumis biar layu sekejap, kemudian masukkan beras dan daun bay, sebatikan.
2. Masukkan air secukupnya, sedikit kiub pati (nasi jangan lembik sebab nak masuk oven plak) dan masak seperti biasa hingga nasi masak, ketepikan.
3. Sediakan bahan B, panaskan mentega kemudian masukkan tepung dan kacau biar tidak berketul.
4. Masukkan air dan kacau selalu agar tidak berketul, kemudian masukkan kiub pati dan cheese.
5. Masak hingga cheese cair, kalau rasa pekat sangat tambah air sikit lagi dan suaikan rasa.
6. Panaskan kuali non stick dengan 1 sudu kecil mentega, letak dada ayam dan masak hingga perang selama 2-3 minit dikedua bahagian, angkat dan hiris nipis.
7. Sapu sedikit mentega pada casserole, masukkan sayuran dan nasi serta ayam.
8. Tuang sos cheese secukupnya dan masak dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 C hingga sedikit masak, dalam 15-20 minit, boleh la dihidang ketika masih panas
Nota ilhamdapur : semua bahan ni boleh disedia awal, nanti bila dah nak hidang, cuma masukkan dalam casserole dan masuk oven je, pastu nasi dengan sayur tu biar balan, jangan banyak nasi sangat dan sayur tu memang tak perlu dimasak dulu.

maaf la snap yg dh diusik gini, sbbnya kluar je oven trus msuk dlm pingan..anak dgn babanya dah menunggu nk mkn, memula tu xberapa nk snap jgk, tpi dlm hati kata takpe la posing yg dh ceduk pun..yg ketul kuning tu monterey jack cheese, maz buh jgk skit yg kiub..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...