Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 19, 2015

Fish Cocktail

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), rasa slow je pagi ni..badan pun penat semcm, xde idea sangat nk taip apa ni, cuci mata je la dgn menu anak yg dh berzaman dlm folder, masih guna fillet ikan kerapu jgk dan batter tu pun guna rspi sama yg buat utk udang celup tepung dlu..memang kerap jgk duk buat snak utk anak2..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan..

FISH COCKTAIL by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping isi ikan kerapu (hamour fillet) - potong saiz 2 inci
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya 
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit), kemudian rehatkan sekejap bancuhan dalam 5-7 minit, bancuhan tu kira bila celup fillet tu bersalut elok la.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, buat sampai habis, boleh juga dihidang dengan sos pilihan.

menu cepat dimsak sedap dimkn, rsa mcm nugget ikan plak..selepas yg beli hritu ada la rsanya dh 2 bln kut xbeli fillet..klu beli pun duk msak menu sama je, slalunya suka buat fish n chips la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...