Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 4, 2015

Chicken And Vegetable Pizza, Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh dan maghrib, sebaik saja bagi salam, sunnah Rasulullah saw..bertemu skli lgi, hri ni msak simple je sbb pepagi tdi dh siapkan sos bolognese 1 kuali utk mlm nti..jdi tghri lauk telur dadar je la, sbnarnya dlm peti tu dh kosong..cuma tinggal stok udg je, klu tak lauk ayam atau dging la hri2, maz beli grocery hri minggu je..kira stok utk seminggu..tu yg ayam beli dlm kotak terus 4-5 ekor, memang sesak la peti tu klu awal minggu..esk kena jdi drebar amik anak, Inysaa Allah blik tu terus singgah Lulu la cri barang dapur..ok la pnjang plak menyimpang ni..maz suka buat piza sbb mudah dan ringkas je, Inysaa Allah dlm 1 jam dh bleh mkn..kenyang plak tu dan semua suka..terima kasih skli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni, semoga segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan dan Inysaa Allah sampai jumpa lgi..

sblum yg ni  dh berkali buat pza ni, cuma xsnap selalu..buah versi main letak je apa stok yg ada, yg penting kena buat jenis nipis gitu..skli buat sbjik gedebak tu la..ckup la utk alas perut mlm xmkn banyk deh..

CHICKEN AND VEGETABLE PIZZA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh Pizza
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1/2 sudu kecil yis kering, mauripan dll
  • 125ml air suam
  • 1 sudu kecil minyak zaitun/minyak sayur
  • 1/2 sudu besar gula
  • sedikit garam
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, yis dan gula, kacau dengan garfu biar larut sikit.
2. Masukkan minyak zaitun, garam dan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, kemudian uli dengan tangan selama 5-7 minit biar jadi doh yang lembut, kalau lekat kat sikit-sikit tu, sapu tepung kat tangan sambil uli.
3. Tutup mangkuk dengan plastik/tuala dapur, perap selama 30-35 minit atau biar naik 1x ganda.
4. Keluarkan doh, tumbuk sikit dan canai bentuk bulat nipis, letak atas loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.
5. Ratakan sos pizza atasnya, tabur cheeese secukupnya dan bahan pizza yang lain, akhir sekali tabur sedikit daun basil dan tuang sedikit minyak zaitun.
6. Bakar selama 15-18 minit dengan oven suhu 200 C yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit hingga sedikit perang atau bergantung pada oven masing-masing.

Bahan atas pizza
  • 1 keping isi dada ayam - belah nipis sikit
  • 3 keping nenas tin - hiris nipis
  • 1/2 labu bawang besar bombay - hiris nipis
  • 3-4 biji cendawan butang - hiris nipis
  • sedikit buah zaitun slice
  • sedikit daun basil kering
  • sos pizza secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
Cara

1. Lumur isi ayam dengan sedikit garam dan gula, panaskan kuali non stick dan letak dada ayam tadi, masak biar sedikit perang/masak setiap bahagian selama 2-3 minit, kemudian hiris nipis.
2. Untuk sos pizza, maz guna tomato pes yang biasa duk guna, bancuh dengan sedikit air+gula+garam+daun basil kering, biar ada rasa manis sikit.

stok cheese bleh kata jarang putus la, sbb klu xde time nk guna tu bkn senang nk kluar prgi beli..memang xkan la rsanya kluar semata2 nk beli cheese tu..tunggu hari minggu la plak..yg ijau tu buah zaitun..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...