Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 16, 2015

Udang Masam Manis

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, bertemu skli lagi..kebetulan free dh skjap ni, masak pun simple je tghri ni..terasa jgk nk buat kue atau baking utk kunyah ptg nti..tpi rasa letih la plak, Inysaa Allah kut skjap lgi sambung msuk dpur blik ke..udang masam manis la plak, biasa udang ni buat tomyam atau gulai kuning..gaya lauk sepesen je kat rmah ni, masam manis ni memang menu pabret anak2..smlm buat telur bungkus, sosnya jenis manis gini la..tkpe la deh kena ikut gaya org yg mkn, kang klu buat lain xmkn pun buat ponat je masak..terima kasih seklai lagi pada yg sudi singgah dapur suam ni, semoga segala kekurangan yg ada dpt dimaafkan dan Inysaa Allah jumpa lagi..

UDANG MASAM MANIS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula, garam @ serbuk pati
  • bawang besar, cili merah, tomato, daun bawang - option
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, dalam 2-3 sudu, tumis bawang putih sekejap, masukkan semua jenis sos dan masaj biar berbuih sikit.
2. Masukkan sedikit air dan udang, masak sambil dibalik agar masak sekata.
3. Masukkan bahan sayur dan perasa secukup rasa dengan sedikit gula dan garam.
4. Masak biar sos pekat dan udang masak.

menu simple yg cepat dimasak sedap dimkn, memang sedap layan dgn nasi putih..ni pun lauk yg dh berminggu jgk duk dlm folder..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...