Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), pestime buat peria celup tepung ni..tpi klu peria mentah tu memang duk mkn buat ulam selalu, bleh kata setiap minggu ada je stok peria wpun sbjik..maz dgn suami suka buat ulam mentah, memula tu memang terasa pahit la..tpi bila dh selalu mkn jdi sedap plak, peria ni memang bagus sangat utk diabetis..jdi amal la mkn ulaman yg berkhsiat gini, bleh dtg ilham nk buat versi celup tepung ni sbb msa blik msia hritu, mkn peria goreng gini kat restoran kayu nasi kandar dekat taipan usj..sedap plak dgn rangupnya tu, jdi tu yg cuba godek buat sdrik ni..gitu la tabiat tukang masak ni, ada je yg nk buat sdrik! mcm keropok pun ada yg masih panas tu, rangup..Inysaa Allah esk jumpa jumaat sekli lgi, sama2 kita amal baca surah al Kahfi atau 10 ayat pertama sebagaimana sunnah Rasulullah saw..sampai jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan yg ada..
skli mkn tu xperlu amik sampai sebijik ke, ckup dgn 5-6 hiris..asalkan berterusan, Inysaa Allah semoga dijauhi dari penyakit yang tidak tertanggung oleh badan..
PERIA CELUP TEPUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
- 1 biji peria
- 1 1/2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar allpurpose flour
- 1 1/2 sudu besar tepung beras *
- 1 sudu besar allpurpose flour *
- 1/8 sudu kecil baking powder *
- 1/4 sudu kecil serbuk kari *
- sedikit serbuk kunyit *
- sedikit serbuk pati ayam @ garam *
- sedikit air kapur cair
- minyak untuk mengoreng secukupnya
Cara
1. Hiris nipis peria, buang sikit bahagian tengah, satukan air kapur dengan 1/2 cawan air dan rendam peria dalam air kapur selama 30 minit.
2. Satukan semua bahan bertanda *, bancuh dengan sedikit air, biar cair sikit dari, tapi bila celup peria tu lekat.
3. Panaskan minyak secukupnya, masukkan peria dalam bancuhan dan amik satu-satu masuk dalam minyak panas, biar jarak sikit agar tidak bertindih bila masak.
4. Goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Boleh la dihidang sebagai menu sampingan bersama nasi putih atau boleh makan gitu je.
skrang ni mcm2 org jual ubat kesihatan yg jenis minuman ni kan, jus peria, pegaga..jenis capsule pun ada, tapi klu dpt mkn yg masih asli lagi baik..
sy suka peria.. resepi menarik ni.. nnti boleh cuba...
ReplyDelete