Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 11, 2015

Ikan Merah Sos Pad Prik Khing

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), sekali sekala muncul jgk menu ikan kat dpur ni, kekadang tu terasa jgk nk beli ikan ni sbb geram tgk ikan segar2 kat psar..slalunya klu beli ikan sekor gini gaya masaknya lebih kurang je, kena buat kuah merah..menu ni pun seakan mcm masak 3 rasa, kuahnya guna cili kisar dan sos..cuma maz tambah serai dan halia serta daun limau purut, tu yg bagi nama thai sikit..prik khing tu maksudnya paste cili yg ada halia, serai dan daun limau purut..pad tu dlm bahasa thainya kacau goreng, so combine la nama tu bagi pada ikan merah ni..boleh la kan, yg ponting rasanya tu menambat selera..sedappp, kena plak dgn ikan segar dan xde bau..tekak ni memilih jgk klu ikan ada bau memang xbleh nak terima..ikan merah ni siap dijamin dgn tunjuk thumb up lagi oleh org jual tu, sbb katanya from bahrain sea..maknanya ikan tu segar sungguh la, goreng tu biar garing sikit..tpi bukan hangus ye, guna api sederhana je dan goreng lama sikit..jdi bahagian tepi2nya tu krup krap gitu..suami kata mcm mkn ayam goreng..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

posing la dlu seblum msuk kuali, kat sni klu sruh siang ikan, habis semua dibotaknya skli dgn sirip semua..jdi ikan npak xlawa la kan..

IKAN MERAH SOS PAD PRIK KHING by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan merah, maz guna ikan 700g
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 helai daun limau purut
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
  • sedikit tomato, lada benggala hijau, bawang besar - dadu 
  • sedikit tepung jagung - untuk lumur pada ikan
Cara

1. Cuci ikan dengan bersih dan toskan, lumur ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung seluruhnya.
2. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan hingga garing dikedua bahagian dengan api sederhana.
3. Sementara goreng ikan, tumbuk lumat bahan bertanda *.
4. Panaskan minyak untuk menumis dalam kuali lain, tumis bahan tumbuk biar naik bau kemudian masukkan cili kisar, tumis sekejap biar cili masak.
5. Masukkan semua bahan sos dan daun limau purut serta sayur yang didadu.
6. Masukkan sedikit air, agak-agak la ye dan gula serta garam secukup rasa, masak biar mendidih sekejap.
7. Bila ikan dan masak, tuang sos atas ikan dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

bleh jgk guna ikan lain yg sesuai, ikan kerapu atau bawal pun boleh..kat sni maz memang suka pergi pasar klu nk beli ikan atau daging, banyak pilihan dan segar2..klu kat msia pasar mlm pun jarang, pasar besar lgi la, rasanya dh 10 tahun lebih xpergi pasar kat msia..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...