Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 29, 2015

Kuew Teow Ladna

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), dah lama duk pendam rsa nk buat kuew teow jenis kuah gini, cuma sayur tu selalu xde..kailan dgn jagung muda sayur yg mesti ada utk buat kuew teow gini, sedap bila dimkn bersama tu..maz suka mkn dgn sayur banyak, sayur pun masak olok2 je biar masih terasa rangup time mkn tu..klu dh lembik xsedap, ni bagi selera maz la kan..kuew toew ladna atau kungfu lebih kurang je dri segi rasa, cuma sedikit berbeza cara penyediannya..keduanya pun sedap, kuahnya guna sedikit bancuhan tepung jagung dan telur, boleh guna isi ayam dan jgk sotong..maz guna udang dgn daging je, apa stok yg ada..pastu mkn dgn ada cili potong deh, walaaa nikmatnya..ilang windu kat kedai tomyam..nak buat pun teramat la mudah sekli..semoga jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

KUEW TEOW LADNA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 paket kuew teow - maz guna kuew teow kering, rebus sampai lembut
  • 1 mangkuk kecil hirisan daging - guna daging batang pinang/bahagian lembut
  • 1 mangkuk kecil udang segar - siang tinggal ekor je
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk pati ayam, garam dan sedikit gula serta aji jika suka
  • sedikit minyak bijan
  • sayuran - kailan, jagung muda, lobak merah, kobis dan 1 biji cili hijau
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, dalam 3-4 sudu besar, tumis bawang putih sekejap kemudian masukkan daging dan kacau balik 3-4 minit biar daging masak.
2. Masukkan udang, lobak merah, kobis dan bahagian batang kailan, masak sekejap biar udang bertukar warna merah.
3. Masukkan semua jenis sayur yang masih ada, sos tiram dan kuew teow.
4. Masukkan air secukupnya, agak-agak la ye dan perasa secukup rasa, bila kuah dah panas berwap masukkan bancuhan tepung jagung, kacau biar sebati.
5. Masukkan telur sambil dikacau agar tidak berketul dan kuah jadi pekat, padamkan api dan masukkan beberapa titik minyak bijan.
6. Sedia untuk dihidang bersama cili potong (sedikit kicap ikan, kicap manis dan air, masukkan cili padi yang dipotong).

buat 1 kuali licin sampai ke kuah dihirupnya semua, sedapp komen juri awam kat rmah ni..tpi klu mkn kat kedai pun kekadang tu ada yg kena dgn selera, ada kedai yg biasa je rasanya..tak kick org kata, klu dpt masak guna wok dan api besar mcm kedai tomyam dpt mempengaruhi rasa kuew teow ni..lagi sedapp, ada mcm bau asap gitu deh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...