Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 23, 2015

Pais Ikan

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), bertemu sekli lgi..semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, dh mula rasa berat sangat nk update dapur ni..ditambah dgn gambar yg berderet dlm folder tu, xthu dh nk tepek yg mna dlu..layan je la pais ikan yg dh berzaman jgk ni duk dlm draf, buat msa duk beli fillet ikan dlu, nk perabis tu yg bakar skeping ni..lauk gini maz dgn suami je la yg layan..klu nk guna ikan kembung atau pari pun bleh..terima kasih pada yg sudi singgah dapur kecik ni, harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada..Inysaa Allah semoga jumpa lgi..

PAIS IKAN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 keping fillet ikan - maz guna hamour fillet @ boleh guna ikan pari/kembung/siakap dll
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • 3 helai daun limau purut
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • daun pisang secukupnya - untuk balut ikan
Cara

1. Sebatikan semua bahan rencah.
2. Ambil sekeping daun pisang, ratakan separuh sambal atasnya ikut besar saiz ikan, kemudian letak 2 helai daun limau purut, letak ikan atasnya dan lumur bahagian atas ikan sepenuhnya dengan baki sambal tadi, letak baki daun limau.
3. Balut biar kemas dan bakar hingga masak dikedua bahagian, maz bakar atas kuali non stick je, malas nak keluarkan pemanggang ajaib, panaskan kuali non stick, tuang sedikit minyak masak kemudian letak ikan dan tutup dengan tudung periuk, masak selama 10-12 minit dikedua bahagian.
4. Boleh la dihidang bersama hirisan limau dan sedikit daun ketumbar.

buat ni pun kbetulan ada stok daun pisang, nak bkar dlm oven pun bleh..lauk gini xbleh buat selalu deh, nanti asik tu tambah nasi je..ada plak pasangannya sayur lemak putih kobis ke, ckup nikmat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...