Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 17, 2015

Chicken Majboos

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah), baru nk tepek nasi majboos ni..dh sbln lebih jgk duk peram rasanya, maaf la deh dapur ni memang bnyk menu delay..xdan nk terus update, cuma lepas buat tu maz akan tulis respi kat draf atau note phone dlu, klu dak sure lupanya..ni pun cuba reka ikut nasi yg biasa duk mkn kat kedai..Alhamdulillah licin jgk 1 periuk berniaga hritu, berniaga kat rmah la kan...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

CHICKEN MAJBOOS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1/2 labu bawang besar, kalau kecik guna 1 - cincang
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar mix arabic
  • 1 biji tomato - dadu
  • 3 biji cili hijau besar- dipotong 1 inci
  • 2 sudu besar paste tomato/tomato puri
  • 1 biji limau kering
  • segengam daun dill cincang - boleh ganti dengan daun sup
  • segengam italian parsley cincang - boleg ganti daun ketumbar
  • garam/kiub pati, gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan bahan tumbuk, tumis hingga bawang sedikit layu, bukan perang ye.
2. Masukkan tomato, kacau sebati dan masak sekejap biar turun jusnya.
3. Masukkan paste tomato, 2 jenis daun dan cili hijau, sebatikan.
4. Masukkan ayam, kacau biar mesra dengan bahan rencah dan biar ayam keluar airnya.
5. Masukkan serbuk kari dan limau kering, masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala dengan periuk bertutup.
6. Masukkan air dalam 1 cawan atau lebih sikit, garam/kiub pati dan gula secukup rasa.
7. Masak biar merenih lama hingga ayam lembut dan bahan rencah hampir hancur.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 20 minit 
  • 4 sudu besar minyak sayur/minyak sapi
  • 1 inci halia - tumbuk lumat
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 2 batang kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 7 biji buah pelaga
  • 1/8 sudu kecil jintan manis (fennel seed)
  • 1 kiub pati @ garam secukup rasa
Cara

1. Panaskan minyak/minyak sapi (maz guna rice cooker terus), masukkan bahan rempah, tumis sekejap biar wangi kemudian masukkan bahan tumbuk.
2. Masukkan kuah ayam tadi (tinggal sikit untuk tuang atas nasi bila masak nati), beras dan air jika perlu (ikut sukatan beras masing-masing ye), kalau dah cukup dengan kuah ayam air tak perlu la.
3. Kacau sebati, masukkan kiub pati atau garam secukup rasa dan masak seperti biasa, sekali dua kacau sikit nasi agar masak sekata dan nasi tidak terlalu berkerak.
4. Bila nasi dah kering atau hampir masak tuang kuah yang disimpan tadi dan gemburkan dengan garfu.
5. Letak ayam diatas nasi dan biar nasi masak sepenuhnya.
6. Boleh la dihidang bersama salad pilihan.

time rajin nk snap yg atas dpur, masa ni belum tambah air lagi..pastu tambah air la dan masak dengan api sederhana hingga ayam lembut dan semua bahan rencah hampir hancur..

sampai jdi mcm ni la, ada sikit2 sayur yg xhncur tu takpe sbb kuah tu akan guna utk masak nasi plak..

seksi plak ayam tu posing, nasi arab ni memang sempoi sungguh, klu mkn kat restoran pun kosong xde berhias apa..hnya lauk je tergolek dlm dulang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...