Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 15, 2015

Pulut Ayam (Thai Fried Chicken With Sticky Rice)

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), sama2 kita perbanyakkan istighfar selalu, peringat utk diri sendiri jgk yg sentiasa lalai..Alhamdulillah berkesempatan bertemu skli lgi diruangan dapur maya ni, dh agak lewat bru ada masa nk update blog hri ni..smlm memang xsempat langsung, kluar rmah pepagi lepas sheikh habis mengajar, asar bru blik..skrang ni cuaca pun dh masuk musim sejuk, memang best la utk aktvti outdoor, ok la layan menu siam plak..tetiba rasa teringin dan didtgNya ilham utk buat pulut ayam ni, godek la tnya pakcik gugel ajak pergi thailand, kihkihh..tpi maz cuma amik sikit panduan utk bahan perap ayam je..tu pun xikut 100%, ejus buat ikut cara sendiri..pastu mcm pulut, semua tahu kukus kan, air cili tu guna yg dlm botol je..pastu bawang goreng, mudah sangat kan..sedap la mkn dgn ayam yg masih panas, pastu ada sos cili manis plak, cuma yg lucunya anak bongsu xreti nak mkn..dia tanya mommy xde kuah ke nasi ni, dia mkn la pulut dulu, pastu ratah ayam..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

sekli skala mkn pulut gaya berlauk gini sdpp jgk..tpi klu selalu memang xlalu jgk, ye la kan kita org melayu dh azali perut nasi..org thai memang suka mkn pulut, agak unit jgk rasa pulut ayam ni..tapi sedap sbb ayamnya berasa dgn bahan tumbuk yg guna utk perap ayam tu, dulu klu blik kmpung time raya biasa la pulut ayam ni..kat pasir mas pun ada org jual, xsusah la nk cari menu siam ni klu duk sempadan tu kan..

PULUT AYAM (THAI FRIED CHICKEN WITH STICKY RICE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ketol kepak ayam saiz kecik 
  • 4 uls bawang putih *
  • 2 ulas bawang merah *
  • 3-4 tangkai akar pokok ketumbar *
  • 1/4 sudu kecil lada hitam *
  • 1/4 sudu kecil lada putih (white peppercorn) *
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • nampla (fish sos) secukup rasa
  • sedikit kicap manis @ kicap pekat - nak bagi ayam warna gelap bila goreng
  • tepung beras secukupnya
  • minyak untuk mengoreng
Cara

1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda *.
2. Dalam mangkuk satukan kepak ayam, bahan tumbuk, gula, kicap manis dan nampla secukup rasa (agak la ye), kemudian masukkan dalam peti dan perap selama 3-4 jam atau semalaman.
3. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana (guna minyak yang buat goreng bawang tadi).
4. Masukkan tepung beras dalam ayam dan gaul sebati, kira bersalut dengan ayam (maz tak sukat pun, main buh gitu je), goreng sambil dibalik hingga masak dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Boleh la dihidang bersama pulut, air cili dan bawang goreng.

Bawang goreng
  • 6-7 ulas bawang merah 
  • 1-2 cubit garam
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
Cara

1. Hiris nipis bawang, susun atas tisu dapur dan biar airnya serap agar bila goreng cepat masak dan bawang jadi rangup (sedia awal bawang goreng ni).
2. Panaskan minyak secukupnya, minyak biar banyak takpe sebab akan guna untuk goreng ayam plak, gaul bawang dengan secubit garam dan tepung jagung.
3. Goreng sambil dikacau selalu hingga perang, angkat dan toskan.

Pulut
  • 1 1/2 cawan beras pulut - rendam 1 jam
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/4 cawanb santan cair
  • sedikit garam
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih, kukus pulut seperti biasa hingga masak, tapi masih keras ye sambil balik sekali sekala agar masak sekata.
2. Kemudian keluarkan dan masuk dalam bekas, gaul pulut dengan santan yang telah disatukan dengan gula dan garam biar sebati.
3. Masuk semula dalam pengukus dan kukus lagi dalam 5-7 minit agar pulut masak/ sepenuhnya/lembut.

Nota ilhamdapur : untuk air cili tu maz guna thai sweet cili sos, cuma tambah air panas dengan gula sikit nak bagi cair, atau boleh juga guna sos pencicah biasa. Ayam tu boleh juga guna bahagian lain, potong jangan besar nanti bila goreng cepat masak dan tidak hangus diluar.
ratah cicah dgn air cili tu pun sedap ayam ni..tpi mkn pulut ni perut rasa xkemas mcm mkn nasi deh..org kata kenyang skejap je, buat pun xbnyk..utk alas perut mlm sbb tghri msak simple je, xckup la plak..suami memang suka klu mknan gini..

1 comment:

  1. Sedapnyaaa. Berapa kali dh try buat xjadi mcm kt kedai 😂😂 cuba resepi ni pulakk. Tqqq hehe

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...