Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 2, 2015

Goreng Pisang Cheese..Sekali Sekala Bila Teringin

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), bertemu skli lgi..layan goreng pisang keju la plak..memang sedap klu dpt sepingan utk kunyak petang2 deh, sekali sekala kena buat bila rasa teringin tu..fenominanya hebat sungguh suatu waktu dlu, sampai kami kat sni yg xpernah rasa pun duk mengidamnya..tpi memang sedapp! dgn rasa lemak cheese, manisnya..rasa xnak stop bila mkn, masa kat Padang hritu pun xlepas peluang utk rasa pisang kejunya yg dh sekian lama wujud..kuliner mereka memang banyk guna keju, apam balik pun ada yg inti keju..kuih muih pun ada keju, dan yg hebat tu kejunya adalah buatan negera sendiri, xde import mcm kita..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

kebetulan ada beli mix cheese, cheddar dgn monterey jack cheese..parut je la deh..utk batter tu masih kekal dgn rspi yg sblum ni..batter yg bleh dipelbagaikan kegunaannya..

PISANG GORENG CHEESE RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • pisang yang sesuai secukupnya, hiris nipis - tak tahu nama pisang ni, memang sedap goreng dan buat pengat, hanya tulis india banana, 2 biji pun dah boleh dapat sepinggan
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil mauripan - larut dalam 1 sudu air suam
  • 50ml susu segar
  • sedikit pewarna kuning
  • air sejuk peti secukupnya
  • minyak untuk mengoreng secukupnya - maz guna minyak sayur
Cara

1. Dalam mangkuk sebatikan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, air secukupnya dan pewarna (air tu agak-agak la ye, jangan cair atau pekat sangat, kira lekat bila celup pisang).
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan pisang dalam adunan dan goreng hingga perang dan garing dikedua bahagian. Angkat dan toskan, buat sampai habis.

Untuk salut
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam 
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar cheddar cheese - sagat
  • parutan cheedar cheese secukupnya - maz guna cheedar & monterey jack
Cara : Dalam mangkuk yang tahan panas, satukan mentega dan susu pekat, masukkan dalam microwave sekejap dalam 5 saat biar mentega cair atau boleh masak atas dapur. Keluarkan dari microwace, masukkan 2 sudu cheddar cheese dan sebatikan. Sedia untuk digaul dengan goreng pisang yang masih panas dan taburkan cheddar cheese secukupnya.

Nota ilhamdapur : kalau tak nak gaul susu dengan pisang pun boleh,  masukkan susu dalam paiping bag, kemudian picit atas pisang dan tabur cheese.

klu tak nak gaul susu dgn pisang pun bleh, tuang je susu atas pisang kemudian baru tabur cheese..yg mkn msa kat Padang dia buat gitu la..bleh jgk dijadikan sebagai dessert mewah, klu hidang kat org arab rasanya mereka suka kut, sbb manis..kuih dia orang ni memang jenis manis2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...