Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, November 7, 2015

Tumis Cili Kangkung Dengan Udang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), lagi sayur sama je, tkpe la tepek la jgk mna thu mungkin bleh bgi idea klu xtahu nak buat apa dgn kangkung selain dri masak goreng belacan..klu sayur gini meratah pun sedap, ada pasangan ikan goreng rangup2 dh ckup kan..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas kekurangan yg ada..

TUMIS CILI KANGKUNG DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ikat kangkung - potong 2-3
  • 10 ekor udang kecik 
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 keping hirisan halia *
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit hirisan bawang besar
  • sedikit gula jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis 
Cara

1. Tumbuk separuh lumat semua bahan bertanda *
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sekejap, kemudian masukkan udang.
3. Masukkan kangkung, hirisan bawang besar dan balikkan biar masak sekata, masukkan sedikit air, sos tiram ,secubit gula dan perasa secukup rasa.
4. Masak sekadar kangkung layu, padamkan api.

saja potong panjang2 kangkung tu, klu yg suka pedas berapi tu bleh ganti cili merah dgn cili padi merah..mesti berpeluh2 la hidung tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...