Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 16, 2015

Pancit Canton (Filipino Noodle)

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..international la plak menu kat dapur shri dua ni, sbnarnya ni bekal anak skolah..memang duk goreng selalu, cuma xdan nk snap..pgi tu kebetulan siap awal tu yg posing la skit, kat wet kitchen hypermarket pun ada jual mee goreng pinoy ni..maz cuba buat tiru yg tu la, adoiii! xhbis2 dgn tabiat nk buat sdrik jgk tu deh..ada la jgk beli skli dua tu klu anak nk, mcm mee goreng kita je cuma xmsuk cili kisar dan meenya jenis kering, celur je 2 minit dah lembut, pastu terus masuk dlm rencah la..sayur pun bleh letak mcm2, pancit ni memang sedap ada sayur banyak..nk letak isi ayam pun bleh, ni maz buh telur je..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

PANCIT CANTON (FILIPINO NOODLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 paket pancit canton
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji telur - kocok sikit
  • 1/4 labu bawang besar - cincang
  • 1/4 sudu kecil kicap manis 
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam
  • sayuran - maz guna zucchini, lobak merah, lada benggala hijau
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Cara

1. Didihkan air, celur pancit dalam 1-2 minit dan toskan, celur bila dah nak masuk dalam bahan rencah sebab pancit ni sekejap je dah lembut, jangan celur lama nanti hancur bila goreng.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar sekejap agar bahagian bawahnya masak dulu, kemudian kacau biar sedikit hancur, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, tambah 2-3 sudu minyak, masukkan bawang, sayuran dan masak sekejap sekadar layu.
3. Masukkan sos tiram,kicap dan sedikit air, dalam 1/4 cawan ke, sedikit serbuk pati ayam dan pancit.
4. Kacau balik biar sebati dan masukkan telur tadi, perasa secukup rasa, masak sekejap lagi sambil dibalik biar bahan rencah kering dan pancit lembut.

ni ler pancit canton, rsanya seakan mee kuning kita..makanan pabret pinoy la ni, kat sni pinoy memang ramai sungguh..rasa mcm kat manila dh, pekerja kfc, restoran, mall semua rata2 memang pinoy..

ni plak pancit yg dijual kat wet kitchen Ansar Galery, maz cuba tiru yg ni la..memang mudah sangat nk sedia pun..memula dlu xthu pun mereka guna pancit canton ni, ingatkan guna spagheti..maz main agak je, beli la yg mentah 1 bungkus dlu nk try..rupenya betul sbb ada banyak jenis jgk noodle pinoy ni..yg putih pun ada, goreng pun main ikut naluri je, Alhamdulillah kuat jgk sense dgn maknan ni..

pancit ni rsanya ringan gitu, mungkin sbb xguna bahan rencah banyak..tapi rasanya tetap sedap..xmuak mcm mkn mee, mungkin boleh juga goreng mee mcm ni kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...