Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 27, 2015

Banana Cupcakes with Cream Cheese Cinnamon Frosting

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sbenarnya ada 6 KEK lgi yg duk menunggu dlm folder tuu...huhuu...kek pisang ni pun buat awal bln 1 hritu...kejadiannya pun kes nk perabis pisang yg dah ranum 2 bjik...tu yg godek buat kek ni...nk senang keje maz buat versi cc je sbb bagi kat housekeeping 2 orang tu skli...rspi dri sini...tpi maz ubah skit bahannya...memang sedapp dan moist keknya...klu nk plih rspi...maz akan baca dlu review org yg dah cuba...bila ramai yg komen positif bleh try rspi tu...ni maz buat 1/2 rspi je...tu pun dpt bnyk bjik jgk...pastu saja tenggekkan stoberi, kes nk perabis buah tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

bila buat versi cupcakes gini deko ala kadar pun takpe deh...klu buat kek sbjik tu xreti mna nk deko lebih2...lagi stu snang ank nk amik...

Banana Cupcakes with Cream Cheese Cinnamon Frosting by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan pisang lenyek
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 3 cawan tepung gandum *
  • 1 1/2 sudu kecil soda baikarbonat *
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 170g mentega lembut
  • 2 cawan gula
  • 3 biji telur saiz A
  • 2 sudu kecil essen vanilla
  • 1 1/2 cawan susu segar + 1/2 sudu besar jus lemon, sebatikan dan biar 3-4 minit
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Satukan pisang dan jus lemon, kemudian sebatikan/ayak bahan *.
3. Dalam mangkuk lain putar mentega dan gula biar kembang/berkrim, masukkan telur 1 persatu dan terus putar, masukkan vanilla, sebatikan.
4. Masukkan tepung selang seli dengan bancuhan susu segar tadi, masukkan pisang dan sebatikan.
5. Masukkan 3/4 dalam cawan kertas yang telah diletak dalam muffin try dan bakar selama 18-20 minit atau hingga perang. Sejukkan sepenuhnya sebelum sapu dengan cream cheese.

Cream Cheese
  • 115g mentega lembut
  • 250g cream cheese - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • 1 cawan gula kastor
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kayu manis - jika suka
Cara : Putar gula dan mentega biar sebati, kemudian masukkan cream cheese dan putar biar berkrim. Sedia untuk disapu pada cc tadi dengan spatula, ayak sedikit serbuk kayu manis atasnya dan boleh la dihias ikut citarasa.

nama asalnya best ever banana cake...tpi maz letak nma lain skit ikut yg maz ubah tu...memang sedapp keknya...bleh hbis 2 bjik jgk bgi mokcik ni yg xgemar mana kek2 ni...dgn semerbak kayu manisnya...sesuai utk bekpes atau layan dgn secwn kopi O dibelah ptg...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...