Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 8, 2015

Sup Tulang

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..apa kbar semua...klu hri ahad tu kembali bertugas la tukang masak ni...2 hri dah dpur xberasap...duk mkn nasi arab kat kedai...sesambil tunggu kain siap tu update la apa yg bleh dlu...kalau sup ni kerap jgk duk buat...bleh kata setiap minggu tu mesti buat sup...sup tulang gini..sup ekor atau tulang rusuk...sup ni pun dh berbulan dlm folder...utk tghari ni masih xde idea lgi tu nk msak apa...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf  atas segala kekurangan...

Sup Tulang by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg tulang
  • 2 inci halia - ketuk
  • 2 ulas bwang putih - ketuk
  • 1 sup bunjut tulang
  • 1 labu wang besar - belah 8
  • 1 biji buah tomato - belah 6
  • 1 batang saleri - hiris serong
  • 1 biji asam limau
  • garam, gula secukup rasa & sedikit aji jika suka
  • sedikit daun sup/daun bawang/cili padi/bawang goreng
Cara

1. Cuci bersih tulang, toskan.
2. Dalam periuk tekanan didihkan air (air tu jangan banyak sangat ye sebab guna periuk tekanan air tak kering, jadi tak perlu letak banyak) bersama halia, bawang putih dan sup bunjut.
3. Masukkan tulang dan sedikit garam, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 40-50 minit dengan api perlahan. Padamkan api dan buka periuk seperti arahan
4. Kemudian masukkan saleri, masak balik dengan api sederhana sekadar layu. Masukkan bawang besar dan perasa secukup rasa.
5. Padamkan api, masukkan tomato, perah limau, sebatikan dan suaikan secukup rasa.
6. Bila nak hidang tabur sedikit daun bawang/sup, bawang goreng dan cili padi.

klu buat sup main lebur je...xtumis sbb nak elak berminyak sangat...tpi rsanya tetap sedapp...kena dgn selera...ada plak pasangan telur dadar dgn sambal belacan deh...bleh berpeluh2 hirup sup panas tu...klu sup ni semua mknn...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...