Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, February 6, 2015

Moist Chocolate Layer Cake with Cream & Fresh Strawberry

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..Allahu Massoli A'la Sayyidina Muhammad Wa'ala Alihi Wasohbihi Wasallam..Alhamdulillah brkesempatan bertemu jumaat yg barakah skli lagi semoga dipermudahkan urusan kita hari ini yg membawa kebaikan...Inysaa Allah...kek ni pun buat sebab nk perabiskan stoberi tu...saja layer dgn fresh stoberi kat tengah kek skli dgn whip cream dan coklat ganache...memang gandingan yg ckup serasi...teramat la sedapppnya...kesinambungan dri kek Chocolate Sensation dlu yg dh 3x buat...kat sini pun ada...masih guna moist coklat kek+coklat chip sebagai base...cuma kek ni lapisan cream dgn buah tu letak kat tengah...klu kek sensation tu kat atas...Inysaa Allah semoga jmpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

kat rumah ni kna kek yg mkn dgn sudu gini bru laku...buat pun saiz saiz kecik2 je...kira skli mkn...lgipun layer dgn buah segar kan, klu simpan tkut rosak plak rsa kek...rspi moist coklat kek kli ni amik kat sini...semua review ckp sdpp sngat keknya...mkn gitu je pun dah sedapp...memang betul...maz buat 1/2 rspi je dan ubah sikit2...klu nak tgk rspi asal klik je kat link tu ye...

Moist Chocolate Layer Cake with Cream & Fresh Strawberry by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Lapisan Kek
  • 1 cawan allpurpose flour @ tepung gandum berkualiti
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 90g serbuk koko
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda baikarbonat
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan coklat chip, gaul dgn 1 sudu kecil tepung
  • 1 biji telur 
  • 1/2 cawan minyak sayur
  • 1/2 cawan air mendidih
  • 1/2 cawan susu segar
Cara

1. Panaskan oven 170 C. Sediakan loyang bulat 8 inci yang dialas kertas minyak/baking paper.
2. Satukan semua bahan kering kecuali coklat chip, sebatikan/kacau dengan whisk. Kemudian masukkan minyak, air panas dan susu, kacau biar betul-betul sebati.
3.  Masukkan telur dan sebatikan. Tuang dalam loyang, tabur coklat chip dan kacau sikit guna lidi sate/hujung pisau.
4. Bakar selama 30-35 minit @ bergantung pada oven masing-masing (boleh juga cucuk tengah kek dengan lidi, kalau lidi tu kering maknanya kek dah masak). Sejukkan kek sepenuhnya.

Lapisan Cream
  • 150ml whipping cream UHT
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • secubit garam
Cara : Satukan semua bahan dan putar hingga kental

Coklat Ganache
  • 100g coklat masakan
  • 4-5 sudu besar susu segar
Cara : Masukkan coklat dalam mangkuk yang sesuai, panaskan dalam microwave selama 1 minit 20 saat, keluarkan dan kacau sebati. Kemudian masukkan susu segar dan sebatikan, suaikan kepekatannya, boleh tambah susu lagi jika perlu. Atau boleh guna kaedah double boiler untuk cairkan coklat tu.
  • buah strawberi segar secukupnya - hiris nipis
  • sedikit strawberi sirap - option
Cara melapis

1. Terbalikkan biar bahagian dasar/bawah kek diatas, tujuannya bila siap nanti kek jadi sama rata. Belah ditengah kek, sapukan sedikit coklat ganache dan biarkan coklat ganache kering dulu.
2. Ratakan pula whipping cream biar tebal sikit, susun 1 lapis buah strawberi atasnya, curahkan sedikit sirap stawberi atas buah tadi (dalam 2 sudu besar gitu, jangan banyak sangat ye, nanti meleleh plak) dan letak lapisan kek yang 1 lagi tu.
3. Kemudian tuang/ratakan coklat ganache secukupnya atas kek. Bila kek dah kering boleh la hias dengan sedikit whip cream dan buah stawberi segar atau ikut citarasa.

keknya moisttt sngat...mkn yg xde toping pun dh sedappp...nak buat pun mudah sungguh...xpyah guna mixer apa...keeper rspi la...tambah 1 koleksi kek coklat...yg ptong xsnap sbb ni posing terus lepas siap buat tu...pastu time semua dh ada kat rumah, msa nk mkn tu malas la plok nk posing skli lgi..

1 comment:

  1. moist ye kek :)

    sedap nampak .salam kenal kak .jemput ke blog nana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...