Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 12, 2015

Ikan Sherry Masak Stim

Assalamualaikum w.b.t...'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..plannya nk update mlm tdi ikan ni...tpi sebab kluar lepas asar tu blik pun dh lewat...penat pulak rsa...pastu pgi tadi kena jdi co pilot...kat rumah ni jarang2 sangat masak lauk ikan ni...semua 3 beradik xmkn ikan...klu tgk je lauk ikan atas meja...trus ckp xlapar...ni pun penat jgk la babanya nk perabih sorang...buat hujung minggu lepas...bsar ikannya, dkat 1kg...maz guna ikan sherry...biasa duk beli ikan ni...sedapp...mcm ikan merah pun ada rsanya...bleh msak apa saja...asam pedas ke..kari pun sedapp...gulai pun blehh...masak steam ni pun ikut rsa je nk letak apa...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Ikan Sherry Masak Stim (Kukus) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan sherry @ ikan yang sesuai
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 sudu besar asam jawa, maz masuk sekali dengan bijinya - bancuh dengan sedikti air
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 2 inci halia - mayang
  • 3-4 ulas bawang putih - mayang
  • sedikit garam, gula jika perlu
  • 2-3 titik minyak bijan
  • sedikit daun ketumbar untuk tabur - jika suka
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dengan air asam jawa/asam limau.
2. Satukan semua bahan kecuali tomato, rasa secukup rasa biar ada rasa sedikit masam.
3. Sediakan pengukus dengan air mendidih, letakkan ikan dalam pinggan/bekas yang sesuai dan tuang semua bahan sos tadi, letak juga buah tomato dan halia serta bawang dibahagian perut ikan dan atas ikan
4. Kukus selama 20-15 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz ikan.

Alhamdulillah kena dgn slera org yg mkn...siap hirup kuah lgi...pasangannya tomyam dan tlur dadar utk anak...pastu ada plak sambal belacan...cuma syur je la xde...ikan steam versi banjir...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...