Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 9, 2015

Kari Ketam Mamak

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..hritu kari ketam xmsuk serbuk kari...kli ni msuk serbuk kari tapi xmsuk santan...kari ketam ala mamak nasi kandar...maz cuba masak ikut pada rsa yg pernah mkn sblum ni...pastu selebihnya ikut rsa hati nk masuk apa...Alhamdulillah kena sngguh dgn selera...tambah ketamnya plak fresh...kat sni ketam memang bestt...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Kari Ketam Mamak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam - kerat 2
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 biji tomato - dadu
  • 3 sudu besar serbuk kari ketam/ikan, bancuh dengan sedikit air - maz guna faiza 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) - tumbuk sikit
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam - tumbuk kasar sikit
  • 1 kayu manis , 1 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (4 sekawan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar daun ketumbar cincang
  • garam gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
  • minyak sayur secukupnya untuk menumis
Cara

1. Tumbuk bahan *.
2. Panaskan ninyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk ,daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis biar wangi, masukkan bahan rempah serbuk dan tumis seketika. 
3. Masukkan serbuk kari, kacau sebati dan tumis biar pecah minyak dengan api sederhana. Kemudian masukkan tomato dan daun ketumbar.
4. Tumis sambil tambah air 3-4 sudu, kemudian tumis lagi dan ulang cara ni 3-4x biar rempah benar-benar masak.
4. Masukkan air dalam 1 cawan, perasa dengan sedikit bahan perasa, masukkan ketam dan balik-balikkan biar sebati. Tutup periuk sekejap biar ketam keluarkan airnya dan berwap.
5. Balik sekali sekala dan perasa secukup rasa, padamkan api bila ketam dan masak. Taburkan sedikit daun ketumbar jika suka.

smnjak kerap duk mkn kat kedai...lidah ni pun dh jdi trbiasa...klu msak tu jdi suka plak nk msuk rempah2 ni...mlm tdi pun pekena kari india lgik...slalu sngat mkn kat 1 restoran masakan india dkat rmah ni...sdppp masakannya...sni takde masalah kedai mkn sbb rata2 meraka ni islam wpun dri india...

2 comments:

  1. As Salam Maz...
    nampak menyelerakan & mmg puas makan kalu masak seniri kat umah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak...Alhamdulillah kna dgn slera ni kak..btul tu, klu mkn kat kdai brapa dh kan klu ketam ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...