Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..lama jgk dah xupdate pau ni...tpi sebenarnya ada jgk duk buat beberapa kli sblum ni...cuma xsnap je sebab selalu nk cepat...buat utk srpan atau alas perut belah malam..lgi stu nanti sejuk plak asik duk usung kesna kemari nk posing tu...ni pun uli utk buat bekpes...tu yg posing ala kadar je...rspi ni pun lebih kurang je dgn pau 3S sebelum ni...maz memang selalu guna allpurpose flour sebab dah biasa dgn tepung ni...kualitinya pun ok sngat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...
Bahan-bahan
Inti
- 1 keping dada ayam - amik isi dan kisar guna pengisar kering
- 1 cawan ubi kentang lecek - rebus dan lecek
- 1-2 labu bawang besar - didadu
- 2 ulas bawang merah - ditumbuk
- 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
- 2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
- 1-2 sudu besar sos tiram
- 1 tangkai daun kari
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit minyak bijan
- 2-3 sudu besar minyak untuk menumis
1. Dalam mangkuk satukan serbuk kari dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan kacau sebati jadi pes.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, serbuk jintan putih dan daun kari. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur tadi, kacau sebati.
3. Masukkan isi ayam dan kacau agar tidak berketul. Masukkan sedikit air, bawang besar dan kentang lecek. Masak seketika biar semuanya sebati.
4. Perasakan dengan gula biar rasa manis lebih sikit dan garam secukupnya. Bila kuah hampir kering, masukkan beberapa titik minyak bijan dan kacau sebati.Masak biar kering dan boleh la padamkan api. Sejukkan dulu sebelum guna.
Pau
- 1 1/4 cawan allpurpose flour
- 125ml air suam @ bergantung pada jenis dan kualiti tepung
- 1/2 sudu besar yis kering (mauripan dll)
- 1/2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil double action baking powder
- 1 sudu besar minyak sayur
- 1/2 sudu kecil garam
- baking paper secukupnya - kerat 4 segi
1. Dalam mangkuk satukan gula, air dan yis. Biar seketika dalam 1 minit agar yis larut.
2. Masukkan minyak dan semua bahan kering, gaul guna garfu buat pusingan jam biar sebati. Kemudian uli dengan tangan biar jadi doh yang lembut selama 8-10 minit. Kalau rasa doh lembik sangat, sapu tepung sikit pada tangan semasa menguli.
3. Tutup doh dengan plastik atau tuala dapur dan rehatkan selama 30 minit atau naik 1 kali ganda (untuk proses ni mcm biasa maz letak dalam microwave, on kan plug microwave dan buka sikit pintu, nanti lampu microwave akan menyala dan mengeluarkan haba panas. JANGAN on microwave ye). Tapi kalau kat msia boleh letak dekat tingkap atau seumpamanya, maz selalu guna kaedah ni sebab biasa buat belah malam atau pagi.
4. Bila dah naik, tumbuk sikit dan ambil doh dan leperkan atas tapak tangan, isikan inti secukupnya dan tutup biar kemas. Letakkan sehelai kertas minyak dibawahnya dan buat sampai habis.
5. Bila dah siap bulat terus je kukus dengan pengukus air telah mendidih selama 8-10 minit, pastikan balut tutup pengukus dengan kain/tuala. Jarakkan 2-3 inci pau dalam pengukus.
Alhamdulillah semua dgn izinNya...paunya pun lembuttt...licinn je...inti kari tu maz cuba tiru ala-ala pau kari tanjung malim yg pemes tu...sebab tu ada masuk sos tiram dan minyak bijan sikit sebab pau tanjung malim tu intinya chinese stail gitu...juri kat rumah ni pun ckp sedapp...
Tak pernah rasa pau Tanjung Malim lagi.. hehe
ReplyDeletePau mcm ni, tak yah breakfast, makan tengahari pun mesti best
My favourite...
ReplyDelete