Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, February 19, 2015

Samboosa Inti Kentang & Daging

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..samboosa ni pun lama dh jgk duk peram, 1 paket kulitnya tu bleh buat 4-5x...ni pun gna pastry yg lebih buat dlu...ada kat sini...hri tu buat versi ayam ala india...ni guna daging plak...abangngah dgn babanya la yg suka sngat samboosa ni...sedapp katanya yg mummy buat...nk buat pun mudah sngat...kat sni pastry samboosa ni ada jual kat pasaraya...cuma lipat je...senang sngat la kejenya...inti bleh buat awal...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Samboosa Kentang & Daging by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 biji ubi kentang - dadu
  • 1 cawan daging kisar
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • 2 labu bawang besar - dadu
  • 2 sudu besar serbuk kari daging/ayam
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 helai daun kari
  • 6-8 biji cili hijau - kerat kecil
  • kulit/pastry sambosa secukupnya
  • garam gula secukup rasa
  • minyak secukupnya untuk mengoreng
Cara

1. Panaskan 3-4 besar sudu minyak, masukkan bawang putih, sedikit bawang besar dan daun kari, tumis biar bawang layu sikit, kemudian masukkan serbuk kari, tumis sekejap. Masukkan semua bahan rempah serbuk dan cili hijau.
2.  Masukkan daging, kacau biar sebati dan daging keluarkan airnya. Masukkan ubi kentang dan sedikit air (agak-agak la ye, jangan banyak sangat). Masak sambil dikacau sekali sekali.
3. Perasa secukup rasa, masukkan baki bawang besar dan masak hingga kentang lembut dan air kering. Padamkan api dan sejukkan sepenuhnya.
4. Ambil sekeping kulit sambosa, bentukkan macam kelongsong, isi inti secukupnya dan lipat jadi bentuk 3 segi (pastry sambosa siap jual bentuk panjang yang mudah nak guna/bentuk). Sapu air sikit hujungnya dan lekat kemas. Buat sampai habis.
5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga masak dikedua bahagian. Angkat dan toskan.

memang sedapp deh layan dgn kopi O...nak plak yg masih pnas...3 bjik pun xckup...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...