Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 3, 2015

Kari Daging Tanpa Santan

Assalamualaikum .w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..smenjak duk mkn kari india ni masak kat rumah pun dah nk terikut2 jgk...sebenarnya maz memang suka masakkan mamak atau india stail ni...klu hri minggu tu mesti pekena prata dgn kari kambing dan ayam sambal kat restoran dekat rumah ni...dah jdi regular kastemer la...kat sni bnykkk sngat kedai mkn india muslim dan org india muslim...tpi mereka ni bukan mamak...india betul, kebanyakannya dari daerah kerala...masakannya pun sedapp...memang boleh diterima tekak ni...cuma masakannya klu yg berkuah tu xcair gini la sebab biasanya mereka mkn untuk cicah...kuahnya agak pekat...ni maz buat utk mkn dengan roti jala...tpi saja buat berkuah sikit bleh mkn dengan nasi jgk.....Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Kari Daging Tanpa Santan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g daging lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) - tumbuk sikit
  • 3 sudu besar serbuk kari daging/ayam - bancuh dengan sedikit air
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (4 sekawan)
  • 1 biji buah tomato - dadu kasar
  • 1 biji ubi kentang
  • 2 biji cili hijau
  • minyak untuk menumis
  • 1/2 sudu besar budu, nisan, garam, gula secukup rasa dan aji jika suka 
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk, daun kari dan rempah 4 sekawan. Tumis biar wangi. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis.
3. Masukkan rempah kari, tumis biar pecah minyak, masukkan tomato, sebatikan dan tambah air 3-4 sudu, tumis lagi biar rempah masak dan ulang cara masuk air ni 2-3x
4. Masukkan daging, sebatikan dan masak dengan api sederhana biar daging keluarkan airnya, tutup periuk biar berwap dan masak selama 10 minit sambil dikacau sekali sekala agar daging mesra dengan bahan rempah.
5. Kemudian masukkan air secukupnya, ubi kentang dan cili hijau. Perasa secukup rasa dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut dalam 40 minit - maz buat untuk makan dengan roti jala.

rsanya mkn kari yg xde santan ni lagi ok..xmuak sangat...xde beza sangat rsanya pun dgn yg masuk santan...tetap sedappp dan kena dgn selera...maz letak budu skit tu nk bgi rsa lemak sbb xmsuk santan...seakan rsa gula kawah kelate skit dah sbb msuk budu...Insyaa Allah nti pos roti jalanya plak...dah lama sangat xupdate roti jala kat sni pun wpun selalu duk buat...

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nak msk kari santan xdak.. ok jugak ikut resepi ni xyah guna santan xberlomak skit kan...ok,nk share ye sis...tq ;-)

    ReplyDelete
  3. Tq awwak share resepi ni. Sy guna ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...