Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, February 21, 2015

Kek Marble Trio

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..lama jgk dah xbuat kek ni...tetiba suatu pgi tu rasa teringin plak nk main marble2 ni...tu yg buat kek ni...antara kek marble yg ckup pemes suatu msa dlu...trkenal dgn rsanya yg enak dan moist...dah acap kli jgk la buat kek ni dlu...sbnranya kat rmah ni jarang buat kek mentega gini sbb kurang sambutan...ni pun buat 1/2 rspi je...amik skit je yg slebihnya tu bagi pada housekeeping...rspi dri blogger terkenal Che Mat myresipi...jazakallahukhairan Mat atas resipi yg dikongsi bersama...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Kek Marble Trio by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Che Mat
Bahan-bahan
  • 280 g tepung gandum*
  • 300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
  • 1 camca besar susu tepung*
  • 1 camca teh bakingg powder* (*digaul rata dan ayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 1 camca besar ovallate
  • 250g gula halus
  • 30g gliserin* - maz ganti dengan susu segar
  • 20 ml air* (satukan) - ganti dgn susu segar
  • 1 1/2 camca teh coklat emulco
  • 1 camca teh strawberry emulco - ganti dengan pewarna merah
  • 1/2 camca teh ros essence - ganti dengan pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-

1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar) - ada kat blog Cik Mat ye..

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan. 

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


kek ni memang sedappp...maz yg xminat kek2 ni pun bleh hbis 2 keping...dgn moistnya...pastikan guna mentega yg berkualiti utk dptkan hasil yg memuaskan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...