Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Saturday, February 7, 2015

Cucur Udang Rangup Lagi

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...pgi ni sbnarnya srpan dgn nsi kerabu, cucur udang ni pic lama yg buat bln 9 thun lepas lgik...kat sini pun dh ada updated skli dulu...memang kurp krap gituw...5-6 ketoi pun bleh hbis...kerap sngat duk greng cucur ni alas perut memlm...selamat berhjung minggu dan Insyaa Allah semoga jumpa lagi...mohon maaf atas segala kekurangan...

Cucur Udang Rangup by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 1/4 cawan allpurpose flour
  • 1/2 cawan isi udang yang dikerat @ lebih
  • 1 cawan lobak merah yang diparut kasar - masa sukat tu tekan sikit
  • 1 cawan daun bawang yang dihiris - tekan juga biar padat
  • 1/4 sudu kecil baking powder
  • 200ml air sejuk peti jika nak goreng terus
  • 2 sudu besar minyak panas - masuk masa nak goreng
  • sedikit garam @ serbuk pati ayam
  • sedikit pewarna kuning - jika perlu (maz memang kena letak sebab minyak kat sini semuanya minyak sayur, cerah sangat, kalau tak letak nanti cucur pucat)
Cara

1. Dalam magkuk besar, satukan semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air, pewarna dan gaul sebati (air tu boleh masuk sikit-sikit dulu) dan gaul dengan sudu biar sekata, mcm bancuhan cekodok. Sukatan air kat atas tu memang cukup untuk bancuhan ni, tapi bergantung pada jenis tepung juga, ni dari pengalaman maz sendiri.
3. Panaskan minyak secukupnya, bila minyak dah panas amik 2 sudu makan dan masukkan dalam bancuhan tadi. Kacau sebati dan sedia untuk digoreng.
4. Ambil 1 sudu, kirai-kirai sikit dengan garfu dan masukkan dalam kuali sambil dikirai/tarik biar sedikit berderai dan nipis.
5. Bila dan perang, balikkan dan goreng hingga masak, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang dengan sos pilihan.

Nota : setakat ni maz buat untuk sarapan pagi, jadi maz dah siap bancuh malamnya dan simpan dalam peti, esok pagi cuma goreng je. Kalau lepas bancuh nak terus goreng pun boleh juga, guna air sejuk peti.

buat kunyah ptg2 pun kena sngat dgn secwn kopi atau teh O...skrang ni udang kecik pun dh xde kat psar tu...nk hbis musimnya...klu gna udang yg kecik2 tu lgi sdppp...buh je skli dgn kulit...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...