Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 22, 2015

Brussel Sprout with Salted Fish

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..sekali sekala baru muncul menu sayur kat dapur ni...kbetulan msa g lulu haritu beli la 1 paket brussel sprout ni...sni mudah sayur ni, ada je jual kat mna2...nama melayunya tak thu la panggil apa...bleh dimsak dgn pelbagai cara...bleh jgk roasted bersama ayam dan sebagainya...maz greng dengan ikan tenggiri masin...mcm masak sayur kailan tu...sblum ni pun dah ada brussel sprout greng gini...tpi jenis daun, rsanya mgkin pokok ni kut...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Brussel Sprout with Salted Fish by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket (12-15) brussel sprout - belah 2
  • 1 keping ikan tenggiri masin - potong kecil
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit air asam jawa - maz masuk sekali dengan biji
  • sedikit bawang besar yang dihiris
  • secubit gula
Cara

1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak, masukkan bawang putih. Kemudian masukkan ikan dan masak seketika.
2. Masukkan sayur bersama bahan lain, kacau sebati dan masukkan sedikit air dan perasa secukup rasa, masak sekadar sayur layu sikit je. Padamkan api dan sedia dihidang dengan nasi putih.

ratah gitu pun sedappp...krup krap klu yg bru masak tu...klu layan dgn dengan nasi putih bersama telur dadar lagi la deh...kecik molek je sayur ni...memang comel...makan pun sedapp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...