Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 10, 2015

Strawberry Panna Cotta

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...bkesempatan utk update skli lgi...msih lgi dgn menu projek stoberi...kat rmah ni jarang sangat buat dessert jenis pudding gini atau pun agar2 sebab xde sambutan...klu nk kira ni dessert mewah kat hotel deh...bkn xsedapp...sedappp...ada plak sirap dri buah stroberi segar, walaaaa...nikmat sngguh...tpi tu la anak2 xminat...rspi sma je mcm vanila panna cotta with blackberry ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Strawberry Panna Cotta by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (3 ramekin kecil)
  • 125ml susu segar
  • 75ml whipping cream
  • 2 sudu besar madu @ gula pasir (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
  • 2-3 sudu besar air panas mendidih
  • strawberi secukupnya
Cara

1. Satukan air panas dan gelatin, kacau agar gelatin larut sepenuhnya (maz panaskan dlm microwave selama 15-20 saat). Ketepikan.
2.Dalam periuk, panaskan susu segar dengan api perlahan biar sedikit panas (maz panas dalam microwave je), kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan whipping cream, vanilla, garam dan madu (suaikan la nak manis macam mana). Kacau agar semua sebati, padamkan api.
4. Tuang dalam bekas/ramekin dan biarka dalam petiais sekitar 2-3 jam. Kemudian boleh la dihidang bersama sirap strawberi.

Sirap Strawberi by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 8-10 biji buah stawberi - dihiris
  • 1/3 cawan gula @ secukupnya
  • 2 sudu besar allpurpose flour
  • secubit garam
Cara

1. Cuci buah strawberi dan toskan biar air sejat, kemudian hiris.
2. Dalam periuk satukan semua bahan dan masak sambil dikacau sekali sekala hingga keluar jusnya , buah jadi lembut dan sirapnya sedikit pekat.
3. Sejukkan dulu sepenuhnya sebelum guna (maz terus letak dalam peti lepas masak tu nak bagi cepat sejuk dan jadi pekat).

ni pun buat skit je...dpt la 3 bijik kecik ni...tu pun maz dgn suami je yg mkn...rsa mcm nk buat plok...sbb mudah sngat...stoberi pun ada lgik tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...