Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 11, 2015

Daging Goreng Kicap

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..brtemu skli lagi...amik msa jap tepek dging ni la plak...klu ada masa memang nk perabis cepat2 gambar lelama tu...banyk lgik lauk pauk dlm folder...daging goreng kicap ni sbnarnya buat skli dgn kari kelapa ikan india tu...masak pun mudah2...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf andai ada kekurangan dimana-mana...

Daging Goreng Kicap by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging batang pinang/lembut - hiris nipis
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2-3 biji cili hijau - potong serong
  • kicap manis secukupnya
  • sedikit garam 
  • sedikit minyak masak
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging bersama air secukupnya, garam dan sedikit kicap manis, masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daging lembut, dalam 20-25 minit gitu.
2. Bila air dah kering, masukkan sedikit minyak masak, sedikit lagi kicap manis, bawang besar dan goreng sambil dibalik sekali sekala biar daging sedikit garing.
3. Perasa secukup rasa apa yang kurang dan masukkan cili hijau.
4. Tabur sedikit bawang goreng jika suka, boleh dihidang dengan nasi putih.

kat rumah ni klu lauk gini baru la anak2 mkn...asik masak kicapp je...klu ayam pun gitu la jgk...tpi memang sedappp deh layan dgn nasi panas tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...