Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 5, 2015

Sotong Masak Sambal

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..sambal stun ni pun xhingat dh lauk bila...tkpe la deh gambar basi pun...memang sedappp meratah...layan dengan nsi putih lagi la...klu mkn dgn nsi lemak pun best ni kan...sni susah nk jmpa stun mcm ni...tu bila npak je kat psar hritu trus bli 2kg...klu stun katak tu banyak bnar...tpi xlalu la plak nk mkn...nk siang pun geli...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Sotong Masak Sambal by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10-12 ekor sotong saiz kecik
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk kasar
  • 5 ulas bawang merah  - tumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering & kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 asam keping
  • nisan sebesar ibu jari
  • garam gula secukup rasa
  • sedikit air belacan
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci sotong bersih-bersih dan toskan
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan tumbuk biar wangi, kemudian masukkan cili kisar dan masak biar pecah minyak dengan sederhana sambil dikacau selalu.
3. Masukkan air belacan, asam keping dan bawang, masak seketika. Tambah air sikit (3-4 sudu) dan tumis lagi biar cili benar-benar masak, ulang cara ni 2-3x.
4. Kemudian masukkan sedikit air (dlm 1/2 cwn) sos cili, sos tiram dan gula garam sikit, masak lagi biar sambal sebati.
5. Masukkan sotong, kacau sebati dan masak sekejap biar sotong keluarkan airnya dan mesra dengan sambal dan suaikan rasa secukupnya.
6. Padamkan api, sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

klu masak sambal gini pabret abangngah dgn babanya...msa duk taip ni babanya tgk...trus tnya stun ada lgi ke dlm peti...dh sbln lebih xprgi psar...sbb nk clearkan stok dlm peti tu dlu...bnyk lgi dgn udgnya...Alhamdulillah atas segala nikmatNya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...