Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..ptg ni updated kek ni la plak...kesian sngat..lama dh kena peram...mcm biasa klu kek jenis mkn dgn sudu gini memang dpt sambutan...dh bnyk kli jgk buat kek snow ni...sblum ni pun dah ada...msih gna rspi yg sma...jazakillahukhairan pada penyumbang respi...cuma maz letak stoberi emolco skit kli ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...
Snow Cheese Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : sherry_mz myresipi.com
Bahan-bahan (6 orang) - maz buat 1/2 resipi
Untuk Kek
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- sedikit strawberi emelco/pes
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan/sagat) - unutk topping
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair. Putar.
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi. Sehingga sebati & pekat.
3. Sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
kek ni memang antara kek yg pemes kan...sedapp...nk buat pun tak susah...main putar je skli harung gituw...pastu deko pun xrumit..sapu je cream cheese dlu...comot pun takpe sbb penyerinya cheddar cheese sagat tu...
No comments:
Post a Comment