Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, March 10, 2015

Gulai Kuning Udang Dengan Terung

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..balik2 gulai jenis sama je deh...udang ni pun lama dah duk peram...tu yg amik msa jgk skjap update apa yg bleh sesambil teman anak study...lusa akan start exam hingga la hujung bln nati...bnyk lgi gambar dlm folder tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Gulai Kunig Udang Dengan Terung by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang galah saiz sederhana @ apa saiz
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit *
  • 1-2 biji cili merah *
  • 1 asam keping
  • 2 cawan santan
  • 1-2 biji terung
  • 3-4 biji cili padi
  • sedikit garam dan gula @ aji jika suka
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda * dengan sedikit santan.
2. Satukan semua bahan kecuali udang dan bahan perasa, masak hingga mendidih dan terung sedikit lembut sambil dikacau selalu.
3. Kemudian masukkan udang, perasa secukup rasa dan masak sekejap lagi biar udang masak. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

masa kecik bonda memang selalu masak gulai kuning ikan kembung gini...arwah ayah memang suka masak lemak ni...memang sedappp...ada plak ulaman dgn budu deh...ishhhh..telan air liur la plak...tu yg maz pun asik duk masak mcm ni jgk...anak2 dan suami pun suka klu buat gulai kuning...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...