Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, March 16, 2015

Tomyam Ketam Bersantan

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..pagi ni pun masih dgn gambar lama lgik...antara lauk yg kerap dimasak...suami sukaa sngat hirup tomyam ni...slalunya buat tomyam udang...tukar slera buat tomyam ketam plak...sebenarnya nak lari dri masak lemak ketam tu...sbb tu la gaya masak selalunya...ketam ni masak mcmana pun tetap sedap kan...cuma nk mkn tu amik masa...ketam kat sni memang segar2...tapi xselalu beli sebab xberapa rajin nk layan mengupas kulitnya......rspi sama je mcm tomyam udang sblum ni...mesti kena masuk santan sikit dan daun ketumbar xleh tinggal...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Tomyam Ketam Bersantan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2-3 sudu besar pes tomyam (maz guna pes thai)
  • 1/2 cawan santan
  • 2 inci lengkuas - hiris
  • 1-2 batang serai - ketuk
  • 6-8 daun limau purut - koyak sikit
  • 1 biji tomato  -belah 4
  • 1 labu bawang besar - belah 8
  • 1 biji limau nipis - jika perlu
  • 3-4 biji cili padi - ketuk
  • daun ketumbar secukupnya
  • garam ,gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Dalam periuk masukkan pes tomyam, lengkuas, serai dan air dalam 3 cawan atau biar padan dengan bahan sos.
2. Masukkan santan dan masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan ketam, bawang, daun limau dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan jus limau secukupnya jika guna (biar ada rasa sedikit masam) dan sedikit daun ketumbar.
5. Masak sekejap biar ketam masak dan masukkan buah tomato, padamkan api.
6.Tabur daun ketumbar dan letak cili pada bila menghidang.

wpun masuk santan...tpi xrasa pun santan...ketam ni klu masak berkuah bru sedap meratah deh...xkering gituw...memang sedapp layan dgn nasi putih...pastu ada plak sambal belacan dgn telur dadar...klu buat tomyam telur dadar memang xtinggal kena ada...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...