Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 12, 2015

Baked Macaroni Lagi...

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..idea pun xde sangat nk tulis apa ni...tpi nk jgk update apa yg bleh...lepas maghrib nti Inysaa Allah nk kluar cri barang dpur plak...cuci mata je la dgn menu yg dah lama basi ni...makaroni ni pun dh berzaman dlm folder tu...rspi sma je mcm yg kat sini...Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Baked Macaroni by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 tin (400g) whole peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 labu bawang besar bombay - dadu
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun bay
  • 2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil daun basil kering
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • macaroni secukupnya - rebus hingga lembut dengan sedikit garam & minyak zaitun/sayur
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang dan masak sekejap. Kemudian masukkan daun bay, tomato dan jusnya, tekan-tekan dengan senduk biar hancur
2. Masukkan kiub pati ayam, sedikit air jika perlu dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala.
3. Masukkan sos cili, lada hitam dan daun basil, perasa secukup rasa (maz masuk juga gula dalam 1 sudu ) dan masak sampai sos jadi sedikit pekat. Padamkan api.
4. Dalam ramekin/bekas yang tahan panas masukkan macaroni dan sos secukupnya, kacau sebati dan biar sos tu lebih sikit agar bila masak nati tidak terlalu kering. 
5. Tabur cheese secukupnya dan sedikit daun basil keirng, bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-12 minit atau hingga cheese sedikit perang.

kat rumah ni memang kerap duk buat pasta ni...mlm kelmarin pun buat carbonara pasta utk anak2...senang dan pasti licin laa klu pasta ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...