Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, November 27, 2014

Chicken Salad

Assalamualaikum w.b.t..menu tanpa dirancang..sbnarnya kes xthu nk buat apa dgn sayur ni...mtak suami tlong blikan bayam..tpi dpt sayur ni...sayurnya jenis daun dan bentuk mcm sawi gitu...kat sni selalunya sayur ni dimkn mentah dihidang sbgai salad utk nasi..prata atau grilled dan namanya silk...maka tu la yg terciptanya salad ayam ni...ilham dri cooking show maron thailand...ada sejenis salah thai yg guna daging kisar gini..tpi versi mkn wrap dalam daun salad tu...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Chicken Salad by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 cawan isi ayam kisar/cincang halus
  • 1 ikat sayur daun hijau (boleh guna bayam/kangkung rasanya)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar - cincang
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • sedikit sos tiram dan sos cili
  • sedikit kacang tanah goreng dan daun ketumbar jika suka
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang sekejap biar layu kemudian masuk cili kisar dan tumis biar cili masak.
2. Masukkan isi ayam, kacau sekata, masukkan sos  dan perasa secukup rasa. Masak sekejap biar ayam masak dan sos sebati.
3. Celur sekejap sayur, toskan dan ratakan bahan sos atasnya. Tabur sedikit daun ketumbar dan kacang tanah jika suka.

Alhamdulilah licinn org yg tersalah beli sayur ni mkn...kihikihh...memang sedapp meratah...

2 comments:

  1. Nampak macam pucuk labu.. hehehe... saya pulak tak kisah, sayur apa jer saya boleh hentam

    ReplyDelete
  2. bukan pcuk labu en.rosdi..saya pun xreti mkn sayur2 arab ni...ok jgk klu mudah bab mkn ni kan...xpening la nk msak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...