Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, November 12, 2014

Daging Masak Hitam

Assalamualaikum w.b.t...lama dah jgk rsanya tak update menu daging ni...bkn xmsak...bleh kata tiap2 mnggu beli daging...klu prgi psar skli beli 2-3kg...kamben pun sma...cuma duk mask lauk sama je...klu tak buat sup...masak kicap...atau masak merah...atau buat nasi arab...ni la gaya lauk yg pasti dpt sambutan kat rumah ni dan kerap duk masak...dulu dah pernah update sekali...tpi guna daging kamben...ada kat sini...kli ni cuma ubah sikit2 je...nak mask pun mudah sangat...kena dgn selera keluarga...akhir kata terima kasih pada yg sudi singgah dapur yg xseberapa ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

klu tnya nk masak apa hri ni...daging atau ayam...itulah jawapan dari anak2...abangngah dgn adik afiq suka sangat la klu masuk kicap gini...yg dlm pingan ni buat lain plak...snap skping ni je...3 hri lepas pun masak dging itam ni jgk...yg ni pun dh berbulan peram dlu...

Daging Masak Hitam by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g daging lembut/batang pinang - hiris nipis
  • 1 sudu besar kicap mansi @ secukupnya
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih -tumbuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk kari
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji cili merah/hijau
  • garam gula secukup rasa
  • minyak sayur secukupnya
Cara

1. Dalam kuali masukkan daging, sedikit air dan kicap manis, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga daging lembut (boleh tambah air jika perlu).
2. Keluarkan air daging dan biarkan daging dalam kuali, kemudian masukkan minyak secukupnya, goreng biar daging sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, tumbis bahan tumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar, tumis sekejap, masukkan serbuk kari dan jintan manis/putih.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan bawang, kacau sebati, masukkan daging dan sedikit airnya tadi. kacau sebati dan perasa secukup rasa.
5. Masukkan cili merah/hijau dan masak seketika agar sedikit kering. 

kat rumah ni klu lauk itam mcm ni memang laku la...sblum ni pun slalu jgk masak mcm ni selain dri mask kicap biasa...memang kena sngat layan dgn nasi panas tu kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...