Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 9, 2014

Crab Stick & Onion Pizza (Thin Crust)

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim..tetiba plak hri ni badan xberapa sihat...nk bertukar musim kut...hri khamis lepas pun uli pizza jgk utk mkn ptg...tpi xamik gmbar apa pun...ni yg buat lama dah...pizza ni senang deh...bleh letak je apa stok yg ada...pling xde sosej atau crab stik ni la...rspi sma je la mcm yg duk buat sblum ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Crab Stick & Onion Pizza by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sos Pizza
  • 1 tin whole peeled tomato * (ada jual kat pasaraya)
  • 1-2 ulas bawang putih *
  • 4-5 helai sweet basil (English basil) @ boleh guna yang kering *
  • 1 sudu kecil Italian herbs (yang dalam botol)*
  • sedikit garam & gula secukup rasa
  •  crab stick secukupnya - hiris nipis
  • mozzarella cheese secukupnya
  •  bawang besar secukupnya - hiris
Cara

1. Kisar semua bahan *.
2. Masukkan dalam periuk dan masak biar pekat sambil dikacau sekali sekala dan perasa dengan sedikit garam dan gula secukup rasa. Sejukkan dan simpan dalam peti untuk segunaan seterusnya.

 Pizza
  • 1 1/4 cawan tepung pizza
  • 150ml air suam
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 sudu kecil garam
Cara

1. Dalam mangkuk satukan yis, air dan gula, kemudian masukkan minyak zaitun dan kacau sebati.

2. Masukkan tepung dan garam sambil dikacau buat pusingan jam dengan garfu hingga doh bersatu (letak pada garfu).

3. Uli guna tangan biar jadi doh yang lembut (uli dalam 5-6 minit). Kalau rasa lembik sangat sapu je sikit tepung pada tangan masa uli tu, tapi kalau melekat sikit-sikit tu takpe.

4. Sapu sedikit minyak zaitun pada dasar mangkuk, masukkan doh, pusing-pusing doh biar kena minyak zaitun tadi.

5. Tutup dengan plastik atau tuala bersih dan rehatkan biar naik sekali ganda (untuk proses naikkan doh, maz buh dlm microwave je. 15-20 min doh dah boleh guna. Caranya on plug dan buka pintu mv skit...nanti lambu mv akan menyala dan haba panas dari lampu akan kembangkan doh...bkn on microwave ye @ ikut microwave masing-masing.

6. Kemudian tumbuk sikit doh keluarkan angin dan canai nipis. Letak atas loyang pizza dan sapu sos seluruhnya.

7. Tabur mozzarella cheese secukupnya. Susun crab stik dan bawang besar secukupnya.

8. Tuang sikit minyak zaitun dan bakar dengan suhu 170 C dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit hingga masak. Guna rak paling bawah.

memang kerap sngat duk buat pizza ni...skli uli dpt sbjik gedebak ni...aiman dgn afiq la yg suka sangat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...