Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 9, 2014

Kepah Masak Lemak Serai

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim...bertemu lagi dipagi ahad yg indah...sukaa tengok laut tu...sambil duk menaip ni sekali sekala pandang laut cri idea...rasa tenang sangat...ni yg menarik tentang bahrain...sebuah negara kecik yg dikelilingi laut...banyk rumah yg sea view...ni pun lama dah kejadiannya...dulu pun dah ada masak serai ni...guna lala...ada kat sini...memang sedapp deh layan dgn nasi putih...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Lala Masak Lemak Serai by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g kepah - cuci satu persatu (utk pastikan xde yg ada pasir dlmnya)
  • 3 cawan santan
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas - diketuk 
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 labu kecil bawang besar - hiris
  • 1 biji cili merah - dipotong serong
  • 1 asam keping
  • sedikit serbuk kunyit - jika perlu
  • sedikit gula, garam jika perlu dan aji (jika suka)
Cara

1. Tumbuk lumat bawang merah dan kunyit hidup. Dalam periuk masukkan semua bahan kecuali kepah dan cili potong. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
 
 2. Bila dah mendidih masukkan kepah dan cili. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga kepah masak (dalam 5 minit). Siap

kat sni kepah ni sentiasa ada...pastu isinya pun penuh...hari2 fresh...laut dkat sngat dngar pasar...dulu jarang beli sebab anak xmkn...sekrang ni aiman dah pandai mkn...cuma afiq je la yg xbleh mkn seafood ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...