Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 16, 2014

Flash Fried Prawns with Olive & Cherry Tomatoes

Assalamualaikum w.b.t...bertemu sekali lagi...idea pun xberapa ada plak hri ni...xthu nk ckp apa...layan je la deh menu tapas ni...dan lama sangat kejadiannya...biasa la dpur ni gitu la...semua main peram dlu...udang tapas ni memang sedappp cicah dgn roti perancis...sukaa rasa olive oil sebagai sosnya...rspi asal dri sini...cuma maz ubah sikit ikut selera...yg pasti mudah sangat2 dan pastinya berkhasiat...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Flash Fried Prawns with Olive & Cherry Tomatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 sudu besar extra virin minyak zaitun
  • 15 ekor udang segar - buang semua kulit kecuali ekor - belah belakang
  • 1 ulas bawang putih - cincang
  • sedikit buah zaitun
  • beberapa biji tomato ceri - belah 2
  • sedikit daun parsly - cincang
  • sedikit jus lemon
  • sedikit garam & serbuk lada hitam
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang putih dan udang, kacau sebati. Masukkan semua bahan lain kecuali daun parsli dan perasa dengan sedikit garam, jus lemon dan serbuk lada hitam. Masak sekejap biar udang masak.
2. Tabur daun parsli secukupnya dan sedia dihidang bersama roti perancis (roti tu tuang sikit minyak zaitun)

terjdinya udang tapas ni gara-gara tgk cooking dan travel show...pastu mula la dtg keinginan nk merasa dan cuba buat...tambah jenis cepat dimasak...lgi laaa tukang masak ni sukaa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...