Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 23, 2014

Toasted Bread with Cheesy Mushroom Omelette

Assalamualaikum w.b.t..amik peluang utk update skli lgi smbil2 duk tnggu kain dlm mesin..rasa rimas jgk tgk gambar lama bnyk lagi dalam folder tu...toasted bread stu menu yg mudah dan kenyang..samada utk sarapan atau alas perut malam...memang kerap sngat duk buat omelete dgn roti gini sebab 2 beradik tu sukaa sangat...klu beli cendawan mesti buat omelette ni selain buat sup..3 bijik pun bleh hbis klu afiq dgn aiman tu...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Toasted Bred with Cheesy Mushroom Omelette by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • roti keping secukupnya - sapu sendikit mentega dikedua belah
  • 4-5 biji cendawan butang segar - hiris nipis
  • 1 labu kecil bawang besar - hiris nipis
  • 4 batang sosej - hiris nipis
  • 3 biji telur + 3 sudu besar susu segar & sedikit serbuk lada sulah - sebatikan
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak sayur
  • cheese keping secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, masak sekejap. Masukkan sosej, balik sekata.
2. Masukkan cendawan dan 1-2 cubit serbuk lada hitam. Kacau sebati masak sekadar cendawan layu.
3. Panaskan kuali non stick, letak roti dan masak sekejap dikedua bahagian biar garing, angkat dan ketepikan.
4. Dengan kuali yang sama, masukkan sedikit mentega, ratakan separuh dari bahan no 2 tadi, masukkan separuh dari telur, masak dengan api sederhana hingga bahagian bawah masak, kemudian balikkan sebelah lagi (berderai pun takpe). Terus letak sekeping cheese atasnya.
5. Angkat dan letak atas roti tadi, cheese akan cair sendiri sebab telur masih panas,
6. Boleh dihidang bersama jam pilihan.

jam tu beli yg homemade...ada jual kat pasaraya...pure rasa buah..memang sedapp...

2 comments:

  1. nampak sedap! nak cuba esok. tq kongsi resepi :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 kmaz suka sngat mkn roti dgn omelete ni..nk buat pun mudah sngat..mksih sdi singgah dpur kcik kmaz yg xsbarapa...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...